Friday, April 29, 2011

Mari bersenam

Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkan beberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda;

a) Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini.
b) Tidak pasti mengenai status kesihatan atau keadaan anda.
c) Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru-paru dan sebagainya
d) Obes atau lebih berat badan.



ANTARA KEBAIKAN SENAMAN ADALAH:

1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.
2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.
3) Mengawal berat badan.
4) Menguatkan jantung.
5) Mengurangkan tekanan jiwa.
6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.
7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.


Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.


Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda. Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;

Fasa Pertama -
Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.




Fasa Kedua -
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.





Fasa Ketiga -
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.




PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:

1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.
2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.

 
 
3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.
5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.
6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.
7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.


 bersenam di hujung minggu

Tuesday, April 26, 2011

Operasi

Baru selesai jalankan satu operasi sitaan brg2 lusuh yg libatkan peringkat daerah. Alhamdulillah semua memberi kerjasama yg sgt baik walaupun ada byk kekurangan.first time jd ketua operasi. Byk jabatan dalaman dan luaran yg terlibat. So far semua kata berjaya dan ucapkan tahniah. Bukan pujian yang diharapkan. Perasaan berdebar tu masih ada takut pemilik premis tanpa lesen tu buat tindakan yang diluar jangkaan. Takpe, kena kuatkan jati diri dan kukuhkan bukti2 untuk pertahankan diri dan jabatan kita. Bekerja kerana Allah..Insya Allah, semuanya akan selamat.. Amin

Saturday, April 23, 2011

Khasiat Pisang - 1,001 khasiat , kaya pelbagai vitamin

Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.


Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.


Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

Daun pisang

# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.

# Digunakan sebagai pelindung hujan

# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

# Batang pisang

# Digunakan untuk membuat rakit.

# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang

# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Jantung pisang

# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO

# Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

# Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.

# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

# Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.


Friday, April 22, 2011

Kebaikan susu kacang soya

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.

Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga  menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.



Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot –  tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat?

 






Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya.



Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.

Tuesday, April 19, 2011

Pentingnya sumber elektrik

Semalam, semalaman masa tidur tak ada elektrik. nasib baik sempat gosok baju kerja. Sekarang ni bila sampai rumah tadi,rumah still takde eletrik. dahlah letih balik keje penat2, panas plak tu. Sekarang ni dah bergelap sebab hari dah malam. Kalau berlarutan macam ni air boleh kehabisan sebab enjin air tak dapat berfungsi.nak memasak, membasuh sekarang ni semuanya perlukan tenaga eletrik.



Negara kita dah sepatutnya ada tenaga alternatif nak ganti bila sumber eletrik terputus. Tenaga solar masih tak berapa popular lagi kat negara kita ni. Kalau ada lampu,kipas or sumber lain yang boleh ganti tenaga elektrik untuk iron baju, cas nfon ni, dah lama i pergi beli kat kedai..para saintis, silalah cipta alat sebegini rupa yer...


Monday, April 18, 2011

Harga minyak ron97 dah naik lagi

Tadi lepas balik kerja tadi i pergilah isi minyak kereta yang hampir kehabisan ni. Minggu lepas asyik tangguh2 je nak isi minyak kete je padahal. Hari ni kebetulan cuaca panas dan cerah. Jadi dapatlah tengok meter isi minyak berputar dari dalam kete.

Oh ya, lupa nak bgtau, kat tempat i ni masih ada pekerja yang tolong isikan minyak keta kita. Tapi tak semua tangki la. Berbalik kepada cerita asal, i ni baru tau minyak ron97 dah naik kepada rm2.70 seliter. Wah, agak terkejut tau. Rasanya haritu rm2.10 je 2 tahun lepas. Hahaha... Itulah harapkan orang lain isi sangat. Biasanya bila dah sampai kat tangki tu begitau je pekerja nk isi minyak rm50 minyak 97. Ermmm patutlah isi rm50 macam rm30 je. Huhuk..

Bila tanya tukang isi minyak itu dia bgtau harga minyak dah lama naik. Dia kata lain kali isi minyak 95 pulak. Minyak 95 masih kekal harga rm1.90 seliter. Macam perli jer.. Kang enjin cepat rosak plak.nasib baik kereta i nih cc kecik jer..tengoklah bila masa nak berjimat semput2 tak ada duit bolehlah menyahut seruan kerajaan pakai minyak ron 95..

Sunday, April 17, 2011

Makan Macarons

Alhamdulillah..At last dapat juga merasa macarons ni. kalau u all baca entri yang sebelum ni ada cerita pasal macarons ni. klik sini untuk baca.

Macarons ni sejenis kuih yang berasal dari perancis. diperbuat daripada putih telur, gula dan serbuk almond. rasanya sedap tapi manis. patutlah makanan ni kecik je. saiz sebesar duit 50sen. harganya rm2-rm3 sebiji. memang susah nak cari. Hari tu kebetulan masa pergi KL sempat beli macarons ni. tak banyak kedai yang jual.

Macarons ni cepat crack kalau u all pegang ganas sangat. so handle with care k. memang rasa sayang nak makan bcoz of warnanya yang colourful.. bagi u all yang tak suka manis, rasa sikit je lah. boleh kena kencing manis kalau makan banyak2..


 macarons ada banyak perisa 


tak sabar nak makan


tamak betul sampai beli 2 kotak.hihi

menarik kan warna macarons ni. so colourful


Bagi sesiapa yang tercari-cari kedai yang jual macarons ni, i suggest ada 1 kedai ni (tempat yang i beli macarons ni):-

Babycakes Sweet Shoppe
G-02A, Ground Floor
G City Hotel
199 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur

*tempat ni sebelah dengan bangunan tabung haji,KL

Tuesday, April 12, 2011

Perfumes for Parents

Hello semua..Perfumes kat KLIA ada 5% off compare to normal price rate kat luar. Mesti u all dah tahu kan. Sebab kat dalam KLIA yang tempat boarding tu adalah kawasan free tax duty. But for chocolates, harganya double mahal compare to harga chocolates kat Langkawi.

Kebetulan masa ada kat airport sempat belikan perfumes CK for my parents. Ni adalah one of favourite perfumes diorang. I suka beli n kumpul perfume britney jer though banyak jer brand lain yang bau sedap :)



Untuk pengetahuan u all, memang lain bau perfumes antara ori, gred aaa, gred aa  ke apa (bagi jenama yang sama)..huhu. So berhati-hati beli perfumes yang murah kat luar sana yer..

Sunday, April 10, 2011

iPhone 4 review

Akhirnya i tepengaruh juga untuk memiliki gajet ini. Memang hi-tech betul berbanding dgn nfon lain. Banyak application juga boleh install sendiri yang free. Plus, Maxis ada buat promotion baik punye til this end of April.cepat2 get 1 now. Wah,Maxis kena bayar i ni coz promote barang diorng.Suggest kepada sesiapa yang nak beli pastikan tempat u all ada access internet or wifi. Memang pantas dan laju kalau nak update apa2. Okla,nak sambung explore iphone 4 ni lagi.bubye :)

Thursday, April 7, 2011

AF9 vs ABPBH 2010

lambat btol i update kali nih..bz dgn urusan idop seharian..huhu

btw, berbalik kpd post b4 ni, congrats kepada Amy Search yg jd pengetua AF9. Aznil Hj Nawawi kembali menjadi pengacara AF..

Untuk ABPBH 2010, bintang popular kali ni adalah Shaheizy Sam! Congrats :P



Saturday, April 2, 2011

AF 9 is coming back!

Hello uols, i ni salah seorang daripada peminat setia yang Akademi Fantasia. Sekarang dah masuk musim AF9. Bila dapat tahu Aznil Hj Nawawi jadi host AF semula, makin bersemangatlah nak tengok.

Dengar katanya pengetua AF musim baru ni malam ni pihak produksi akan announce. Jom sama2 kita tengok.. malam ni start Tirai AF jam 9 mlm di Astro Ria. Happy Watching! :D

Friday, April 1, 2011

ABPBH 2010


Siapakah yang bakal bergelar Bintang Paling Popular dalam Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 3 April 2011 ini? Kita tunggu dan lihat sajalah ABPBH2010 yang akan bersiaran secara live di TV3 pada Ahad ini.


Senarai finalis ABPBH2010:

1) Penyanyi Lelaki Popular
- Anuar Zain
- Black
- Aizat
- Faizal Tahir
- Shahir

2) Penyanyi Wanita Popular
- Adira
- Stacy
- Alyah
- Ana Raffali
- Yuna

3) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
- Ana Raffali/Sohaomi Mior Hassan/Altimet
- Bunkface
- Azlan & The Typewriter
- Meet Uncle Hussain
- 6ixth Sense

4) Penyanyi Nasyid Popular
- Hijjaz
- In-Team
- Mirwana
- Raihan
- Rabbani

5) Pelakon Filem Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Bront Palarae
- Syamsul Yusof
- Shaheizy Sam
- Remy Ishak

6) Pelakon Filem Wanita Popular
- Diana Danielle
- Lisa Surihani
- Liyana Jasmay
- Maya Karin
- Scha Al-Yahya

7) Pelakon TV Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Ady Putra
- Fizz Fairus
- Shaheizy Sam
- Remy Ishak

8) Pelakon TV Wanita Popular
- Fasha Sandha
- Lisa Surihani
- Noorkhiriah
- Scha Al yahya
- Tiz Zaqyah

9) Pengacara TV Lelaki Popular
- Awal Ashaari
- Ally Iskandar
- Aznil Nawawi
- Jimmy Shanley
- Zizan

10) Pengacara TV Wanita Popular
- Cheryl Samad
- Fara Fauzana
- Nurul Shuhada
- Raja Azura
- Sharifah Shahirah

11) Penyampai Radio Lelaki Popular
- Salih Yaakob
- Aznil Nawawi
- Halim Othman
- Faizal Ismail
- Kieran

12) Penyampai Radio Wanita Popular
- Abby Fana
- Fara Fauzana
- Raja Azura
- Linda Onn
- Sharifah Aleya

13) Artis Komedi Lelaki Popular
- Along
- Angah
- Nabil
- Johan
- Zizan

14) Artis Komedi Wanita Popular

- Raja Azura
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Noorkhiriah
- Sharifah Shahirah

15) Artis Baru Lelaki Popular
- Daus
- Maulana
- Shahir
- Sharnaaz Ahmad
- Shahz Jaszle

16) Artis Baru Wanita Popular
- Adira
- Ana Raffali
- Mizz Nina
- Nur Elfira Loy
- Nur Syuhaida@Dottie


Siapa pula pilihan uols?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...