Wednesday, October 26, 2011

cintaku cintamu

CINTA itu di hati, CINTA adlh fitrah hati, lahir tnpa diminta dan dipaksa, apakah CINTA itu suci atau sebaliknya?CINTAilah yg di hati, itu CINTA hakiki dan murni, jgn CINTA hnya nafsu, itu CINTA palsu yg melulu, betapa bahagia CINTAkan Tuhan, bagai bunga yg mewangi kehidupan. Tiada waktu dan jarak memisah, kembara rasa tidak bernokhtah..

Betapa derita korban perCINTAan, bila nafsu menjadi taruhan, jiwa gelisah bila terpisah, asyik bertemu jemu bertamu.. CINTAIlah sesiapa saja, asal wadahnya CINTA ALLAH.. Hati tidak resah, jiwa tidak gelisah, jauh terhubung RINDU, dekat terikat PADU.




Friday, October 21, 2011

BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG HINGGA HUJUNG USIA

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan sentiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.

Friday, October 14, 2011

Sabar Itu Indah

"SABAR" itu berkat...
"SABAR" itu indah...
"SABAR" itu mulia...
"SABAR" itu sejuk...
"SABAR" itu terpuji...
"SABAR" itu pemaaf...
"SABAR" itu arif & bijaksana....

"Maka Bersabarlah kamu dangan sabar yang Baik" (AL-MA'ARIJ : 5 )

Kerana "SABAR" kita bisa mencapai kebahagiaan...
Kerana "SABAR" kita meraih kejayaan...
Kerana "SABAR" kita mendapat hidayah...
Kerana "SABAR" kita disayangi...
Kerana "SABAR" kita dicintai oleh ALLAH & RASUL-NYA...

Sabar itu berat tanpa IMAN...
Sabar itu rumit tanpa ILMU...
Sabar itu resah tanpa tafakur...
Kita tidak akan tahu makna kehidupan tanpa "SABAR" ,
"SABAR" tidak ada tanpa IMAN & IMAN tidak ada tanpa "ILMU"...

"Jadikanlah SABAR dan SOLAT mu, sebagai penolongmu, Dan sesungguhnya hal itu amat Berat kecuali bagi Orang-orang yang khusyuk'" ( AL-BAQARAH : 45 )

Tanpa IMAN & TAQWA kepada ALLAH SWT tidak akan ada hamba yang sabar akan ujian-NYA.
Kerana ujian-NYA lah darjat kita bertambah..
Kerana ujian-NYA pula lah kita dapat mengenal makna hidup yang sesungguhnya....

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi ALLAH adalah kekal. dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (an-Nahl ; 96)

"Mereka itu diberi pahala dua kali ganda di sebabkan kesabaran mereka....." (al-Qashash : 54 )

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (az-Zumar : 10)



"KESABARAN" adalah cermin peribadi seorang MUSLIM.....



Monday, October 10, 2011

dapat perfume christian dior j'adore edp

sempena harijadiku yang ke 2- tahun baru ni, 
dapat hadiah best daripada orang tuaku..

best

suka

happy

semuanya ada perasaan yang gembira

terima kasih umi dan abi :D


perfume christian dior j'adore 

i likeeeee 

(",)


Saturday, October 8, 2011

Bajet 2012

Tanggal 7.10.2011 jam lebih kurang 4.00 petang bermulalah perbentangan bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Berikut point2 penting bagi bajet 2012 yang diumumkan oleh beliau..


"Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah"

Perumahan Rakyat
- Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
- 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
- Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat

Kakitangan Awam
- Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
- Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
- Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

Pesara Kerajaan
- Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas dan polis tambahan
- Kenaikan pencen 2 peratus setahun
- Bayaran bantuan RM500


Sektor Swasta
- Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus
- Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
- Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta


Warga Emas - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
- Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel


Tangani Inflasi
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000
- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
- Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion


Pelajar
- Yuran sekolah percuma
- Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
- Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan


Peneroka FELDA
- FELDA Global Ventures Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
- Peneroka akan dapat durian runtuh








krebit to: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011100806053420111008060534/Article/

Monday, October 3, 2011

Pameran pelamin 2011

Baru ni berkesempatan pergi 2 pameran pengantin kat JB. Satu kat Persada Johor dan satu lagi kat Plaza Angsana, JB..banyak gak pilihan dan harganya pakejnya hurmmmm boleh tahan...

pelamin merah putih

huge dais

pelamin putih bersih
nampak suci gitu..sesuai untuk pelamin nikah

pelamin simple puith, pink @ english garden


pelamin hijau patel, pink, putih


Pelamin merah putih..simple n smart..

ni pameran pengatin kat plaza angsana pulak


pelamin tema arab

red hot dais..i'm loving it
so elegant

sophisticated dais.. 

nampak exclusive pelamin ni kan

ni pelamin tema bunga sakura kot..huhu..cantik jugak kan
suka jugak pelamin ni...so sweet! :D

semua pelamin cantik2.. rambang mata dibuatnya..macam2 pakej ada..tapi xtau nak pilih yang mana satu..

happy birthday to me!

Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..


terima kasih kat semua abang, famili dan kawan2 yang wish n celebrate my birthday
semoga diriku ni panjang umur, sihat walafiat, dimurahkan rezeki yg halal, berjaya dunia akhirat, cepat2 kawin  (hihi *sempat lg*) dan bahagia selalu..AMIN :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...