Kopi atau Teh?
Teh O ais.. Teh Tarik.. Teh O suam.. Teh O limau… Teh.. teh Oh Teh.. Kenapa la ramai suka minum teh?
Pegi mana pun selalu orang tanya nak yang mana satu mari kita lihat pasal teh dulu..
Sejak dahulu teh menjadi minuman yang rutin bagi kita jarang sekali di dapur tiada uncang teh atau serbuk teh. Teh bukan sahaja minuman paling popular di rumah atau di kedai-kedai makan ia juga sering digunakan dalam perubatan sejak dari zaman dahulu lagi.
Teh mula ditemui di benua asia, iaitu sekitar India, Utara Burma, China dan Tibet kemudia teh diperkenalkan ke negara-negara lain melebihi 50 buah negara.
China diangkat sebagai pengguna teh terawal dunia. Menurut sejarah teh mula digunakan di china sejak kurun ke 10 sebelum Masihi dan dari sejak awal penemuan teh digunakan sebagai bahan dalam ubat ubatan. Dalam segi sains pula teh didapati mempunyai lebih kurang 700 jenis bahan kimia dan kebanyakannya mempunyai hubung kait dalam sumber kesihatan tubuh badan manusia. Khasiat teh juga adalah meningkatkan imunisasi.
Kaya Antioksida
Kekuatan khasiat teh adalah pada sumber antioksidanya yang tinggi dikenali sebagai polyphenols atauflavonoids. Bahan ini terdapat pada teh hijau dan teh putih. Pada teh hitam pula dikenali sebagai theaflavin. Ternyata kandungan antioksida dalam teh hijau dan teh putih lebih tinggi berbanding teh hitam.
Polyphenol berkhaisiat untuk mengesan sel-sel penyebab kanser dan punca arteri tersumbat.
Sumber Kafein
Kafein dlam kuantiti yang berpatutan mebawa kebaikan terhadap tubuh kerana ia dapat merangsang metabolisme serta meningkatkan fungsi otak dan rangsangan pada persekitaran. Tidak hairan lah ada sesetengah orang mengamalkan minum minuman berkafein untuk menjaga badan.
Secawan kopi mengandungi 125-185 mg kafien manakala 1 cawan teh hitam mengandungi 45-60 mg kafein. Teh oolong,35-45mg dan teh hijau, 15-20mg. Jumlah kafein pada teh ini adalah jumlah di tahap normal. Kesan kafien didalam teh akan meransang secara perlahan berbanding kopi untuk memberi kesegaran pada tubuh. Kini tahu lah kenapa sejak zaman dahulu atuk nenek kita minum kopi dan teh ketika sarapan.