Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA DAN HARI MERDEKA

Assalamualaikum......

Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang beragama Islam khususnya kat readers di blog ni. Terima kasih sebab sudi jengah blog picisan ni. Sudi² singgah lagi yerr...

Selamat Hari Raya Aidilfiri..Maaf Zahir dan Batin..


Selamat Hari Merdeka yang ke 54 tahun..Semoga negara Malaysia akan terus aman sentosa :D

Friday, August 26, 2011

Dapat makan macarons lagi

Salam jumaat

syukur dapat menyempurnakan puasa

dah 26 ramadhan hari ni..

Baru2 ni ada akak kat opis kasik macarons

satu bekas lagi tu hah



dapat satu bekas lagi tu hah..

tenkiu hajah :)

masa t akak tu tempah kat org kat wakaf mempelam..

sapa2 yg cari macarons, ada banyak jer yg jual kut online skrang

klik link di bawah ni:




ada kawan yang dah tempah kut online macaron tu..memang sedap. Not bad n tak manis sangat.. shedappp :D


Tengs opis cos kasik duit raya lagi!!! yeayyyyyyyyy

cantekkkk sampul duit raya nih kan :)



Bonus dah masuk..Alhamdulillahhhh...........

tapi dah abis guna bayar baju raya, biskut raya, tukar duit raya...........huhuuhukkk


Thursday, August 25, 2011

Apply cuti 2 hari dapat 9 hari cuti termasuk cuti free straight

Salam semua

masing² dah start apply cuti raya ke blom??

tahun ni kita semua yg bekerja ni jimat banyak cuti untuk raya tahun ni

mana taknya, kalau appy cuti 28.8.11 dan 29.8.11 (2 hari je apply cuti), kita akan dapat cuti straight

cuba kira eh..

(Ni untuk kiraan bagi yang bekerja di Terengganu, Kelantan n Kedah shj yerr)

1) Jumaat - 26.8.2011
2) Sabtu   - 27.8.2011
3) Ahad   - 28.8.2011 - APPLY CUTI
4) Isnin    - 29.8.2011 - APPLY CUTI
5) Selasa  - 30.8.2011 ->HARI RAYA
6) Rabu    - 31.8.2011 ->HARI MERDEKA
7) Khamis - 1.9.2011   -> CUTI GANTI
8) Jumaat  - 2.9.2011
9) Sabtu    - 3.9.2011

BETULKAN??JANGAN TAK PERCAYA :D

Boleh Jimat banyak cuti untuk raya tahun ni...

Seronok jgk raya tengah² minggu nih..
Tambahan pula ada cuti umum sekali..

Macam mana persiapan raya u all?

Tudung raya dah beli??

Kasut raya dh beli??

Baju raya dah amik ke belum kat tukang jahit tu??ke beli baju siap je senang?

Biskut raya dah amik ke belum? Kuih tunjuk jugak senang kan zaman skrang nih :D

* Fuhhh..lega sebab dah selamat tukar duit raya kat CIMB petang semalam. Dapat tukur RM1 & RM5 sahaja sebab note RM10 dah habis!!

Maybank hanya buat servis pertukaran duit raya hanya pada waktu pagi sahaja (9.15-12 noon only). harap maklum :D

Tuesday, August 23, 2011

Dapat hamper raya!

Hepiiiii sgt

Dapat hamper raya dari opis


Cantik kan??

So sweet n simple

suka..suka!!

Terima kasih MBKT :)

Jom try buat kuih butir nangka sendiri.. (mudah ajerrr)

Salam 23 Ramadhan...

Ok, kuih onde² dah buat, kuih puteri mandi dah buat.....
Jom try buat kuih butir nangka pulak..
Buat sendiri jer..mudah, senang dan simple je..

Mesti ramai yang tertanya macam mana rupa kuih butir nangka tu??
Sebab kat bazar rasanya takde jual kut
Kalau ada pun mesti susahnyer nak cari..

Dulu nenek selalu buatkan..
skrang dah besar dah pandai buat sendiri :)

Inilah rupanya kuih butir nangka tu..

hasil air tanganku..kuih butir nangka :)

Macam mana nak buat??

Senang jer..

Bahan² yag diperlukan.......

1) Tepung pulut 500 gram
2) Tepung gandum lebih kurang 50 gram
3) Sedikit kapur sireh( 1-2 cubit jer)

Kemudian, campur adunan td dgn sedikit air....

4) Kalau dengan sedikit pewarna (kalau suka laa) untuk kelihatan ceria skit..

5) Sambung uli hingga adunan td sebati dan rata warnanya..


6) Dah sebati adunan td, then start laa gentel bujur² kecik mcm sebesar biji buah nangka tu


 Untuk adunan tadi, bilangan kuih butir nangka yang dapat disediakan adalah sebanyak ini

boleh dihidangkan untuk 6 orang makan

7) Untuk buat kuah, bahan² yang diperlukan...

santan

gula melaka
Panaskan periuk, masukkan santan

Kemudian, letak gula melaka tadi.Campurkan secubit garam dan seulas bawang putih yang ditumbuk hancur.
Letak beberapa helai daun pandan untuk kasi wangi :)


Masukkan kuih butir nangka ke dalam periuk.Tunggu sehingga menggelegak dan bila tengok kuih tu dah timbul, makanya kuih butir nangka tu dah masak.. Dah boleh siap untuk dihidangkan......


Selamat mencuba yerr :D

Monday, August 22, 2011

Syioknyerr..dah dapat duit raya!!

Wahh..sangat syiok rasa......
Baru jer tadi buat entri cakap pasal duit raya
Dapat duit raya!!
walaupun tak banyak, tapi bersyukur sangat..

Rezeki..rezeki...

terima kasih KOSMAT! :D

Mana bonus dan gajiku????

Haaaddoiiiiiiiiiiiii
Raya dah tak lama lagi..lebih kurang 8 hari je lagi kita akan menyambut syawal
tapi gaji dan bonus belum dapat lagi
lambatnya nak tunggu 24hb ni.........

Checklist:-
1) Baju raya - belum amik lagi
2) Biskut raya - belum amik lagi

dan yg paling budak² suka..........

3) Duit raya............. - GAJI+BONUS BELUM DAPAT LAGI

nampaknya this year semenyer macam last minute nyerr preparation jer...huhu
sampul duit raya pun takde lagi. mana nak dapat eh (yg free) ???

source: http://www.flickr.com/photos/mamatouch/3747607911/

Perhatikan tulisan kat samput duit raya tu

DUIT RAYA ITU BEST!!

Memanglah best duit tu...sapa tak suke kan..kan.. kalau boleh org yg dah keje ni pun nak duit raya lagi..hihihi


Saturday, August 20, 2011

Manusia oh manusia

Manusia itu tidak keji
Tapi PERANGAI manusia itu yang membuatkan seseorang itu keji
Jika kedua-duanya dapat dipisahkan
Maka...........???

Sambungkan ayat ini.........

Antara pilihan jawapan yang sesuai:-

1) Amanlah dunia ini jika semuanya menjadi baik2 belaka

2) Tak wujudkan lokap @ penjara kat dunia ini..haha

3) Semua manusia akan berbuat baik dan tiada persengketaan yang timbul 
KERANA MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS

PEACE NO WAR...:)


Thursday, August 18, 2011

Jom buat kuih onde-onde dan kuih puteri mandi sendiri

Salam Ramadhan semua...

Hari ni dah masuk hari yang ke-18 berpuasa
banyak resepi dah keluar tunjuk kepakaran memasak di dapur kan
Mesti banyakkan lauk-pauk yang u all dah masak?

Sambil² tu pemanis mulut juga turut kita sediakan sebagai pelangkap menu
Tengok kat bazar Ramadhan harga kuih-muih makin naik tahun makin naik harganya..
Sampailah terdetik rasa nak buat sendiri je kuih kat rumah

Dengan bermodalkan tak sampai rm5 untuk beli tepung, kita dah jimat berpuluh² hengget dh kat situ
bayangkan harga kuih RM1 = 6 biji
kalau buat sendiri, kos tepung pulut RM 2 je..tapi boleh buat banyak

So, semalam dengan bantuan auntie n adik i sama² buat kuih onde² n puteri mandi
seronok kalau ramai² ada kat dapur kan :D

Dan lihatlah hasilnyaaa...

Tada.........
Puteri mandi
Onde-onde @ Buah melaka

Terliur tengok kan..tambah² lagi tgk time tghari bulan puasa nih..

Nak resepi? Oh mudah ajer...

Adunan nak buat kuih puteri mandi dan onde² boleh guna sama jer yerr akak²,adik²..

1) Tepung pulut 500 gram
2) Tepung gandum sikit aje.. lebih kurang 3-4 sudu besar (untuk kasik adunan keras skit)
3) Kapur sireh sikit - uli sekali dengan adunan tadi
4) Pewarna hijau sikit untuk kasi warna hijau
5) Gula melaka (org tganu n kelantan sebut manisan) - dipotong dadu kecik²
6) Kelapa parut yang baru dan fresh

Then, uli adunan tadi sampai rata..

Adunan yg telah siap diuli sehingga rata
Untuk kuih puteri mandi - Gentel bulat² dan penyekkan skit dibahagian tengah

Ini yerr doh kuih puteri mandi yang telah siap digentel


Untuk kuih onde² - Gentel bulat² dan masukkan gula melaka yg dipotong dadu kedalamnya dan getel bulat² sekali lagi


Ok, dah siap semunya, rebuskan air dalam periuk. Tunggu sehingga menggelegak..

Sudah tu masukkan adunan kuih tadi satu per satu...Dan tunggu sehingga timbul..kalau belum timbul maknanya belum masak lah tu..

Peringatan: Kalau u all pakai tepung gandum 100% tanpa campur tepung pulut,  memang kuih tu takkan timbul! alamatnya akan dihumban ke dalam tong sampah sebab kuih jadi keras!(nasihat sbb dah ada pengalaman!hahaaaa)

Dah semua timbul tu, untuk kuih onde², golekkan kuih tadi dalam kelapa parut


Untuk kuih puteri mandi pulak, dah timbul semua kuih tadi, sejukkan dalam air sejuk. Sementara tu, panaskan kuali. Then, masukkan air dan gula melaka tadi. Next campur sikit kelapa parut ke dalam kuali tu. Dah nampak masak, masukkan adunan kuih tadi dan gaul sehingga rata....

*Gambar proses² kerja tu tak dapat nak ambil sebbab sibuk prepare makanan lain utk berbuka puasa..

Ada juga kuih tambahan semalam untuk berbuka puasa..

Nak tahu apa??

Donut big apple! Yeayy! my favourite :)
Tak larat nak makan after berbuka



Sambung makan selepas terawih semalam..uiiii...yummmy!!
My favourite!!!

Wednesday, August 17, 2011

Buah-buahan.. (lawak sengau versi terengganu!)

seorang adik yang agak sengau bertanya kepada abangnya yang
baru aje habis blajar kat Universiti Pertanian Malaysia.

adik: nbang, nalau nung nandai cu nung neri 10 nenis buah nmula huruf N

abang:okey , boleh aje tu, nenas,nangka,nona....(lama terfikir abang dia dah naik fed up
          nak melayan karenah adiknya yang pra siuman tu.Tapi takpe, layan....chewah
          macam melodi pulak).

abang: malaslah dik, abang tak tahulah. (muka dah separuh blur...)

adik: nung ni nbang namanya baru keluar U, bodoh nungguh nmung ni.

abang: amboi amboi, sedap aje kate ke aku yek.. kalau adik pandai sangat
            acukabor ke abang nama buah hok mula huruf N. doh bijak sangat.

adik: nukan nusah pung. nung dengar erk..nunian, nanggis, nangsat, nuku, nambai,
         nelapa, netik, nongkong, nambutan, nambu. Nandai dok aku nbang..(sambil tersengih)

Abang menepuk dahinya sambil mengeleng kepala.Terlupa pulak dia yang adiknya tu dah tahap kronik sengaunya..






Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Quran 1432H. bacalah Quran sebagai amalan sehari2 walaupun sepotong ayat.. With all da technologies, reading Quran is much easier & can be done at anytime & anywhere..
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan). 

  
Sejarah al-Quran:  
Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
 
Erti Nuzul al-Quran: 
 

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:
 
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2
8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
 
  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
      

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.   

Monday, August 15, 2011

Beware of your Maybank debit card

Salam semua
Tajuk entri ni macam menakutkan jer kan??
bukan apa..nak suruh u all berhati² jaga kad bank u all tu

i ni merupakan antara salah seorang daripada jutaan maybank card holder
n salah seorang jugak yang suka shopping guna debit card nih.
one of the reason tak  perlu nak withdraw duit banyak² (for safety reason kan)
the other reason, if u all nak gi overseas tak perlu nak exchange duit ke foreign money
maybank card ni boleh digunakan ke seluruh world wide country


just gi ke ATM machine then pilih kad u all ke 'international'.
Then u all shopping lah banyak mana pun ikut duit yang ada dalam bank u all lah yer :D



dengan kemudahan maybank2u skrang, sangat² membantu
tak perlu nak gi bank beratur panjang
nak shopping online, bayar bil elektrik, air, astro, ptptn, bil nfon semua pun boleh
skrang ni nak bayar zakat pun boleh tau :)

mudah, cepat, hebat & simple kan??





OK, back to the topic..

For those yang belum tahu, kad maybank yang baru ni boleh digunakan sebagai debit kad
kiranya u all swipe je kat cashier tu, total amount yg u all beli barang tu akan ditolak automatik.

kalau dulu masa kita shopping then swipe card, cashier akan minta kita masukkan pin code
TAPI SEKARANG TIDAK LAGI!!
TAK KE BAHAYA TUH KALAU KAD BANK KITA KENA CURI!!
SO, BERHATI² YER...

in case, thats thing happen, cepat²lah u all call bank untuk block kad bank u all k....
kalau tak merana kena bayar hutang kat bank kena bayar duit yang bukan kita guna.....

Lost or stolen card?

Call 1-800-88 3231or 03-2072 1373 for credit cards and 1-300 88 6688 for ATM cards to report it immediately.

For more info, visit website www.maybank2u.com.my for more details.

Have a nice day! :D

Sunday, August 14, 2011

Kenapa perlu bersabar??


Sejenak mari kita berfikir bersama tentang kejadian Allah swt. Kita lihat kepada janin di dalam perut ibunya dan kita lihat peringkat pekembangannya. Dia tidak akan membesar secara tiba-tiba dan begitu juga tanaman serta timbul tergelincirnya matahari. Semuanya berlaku berperingkat dan memerlukan masa.


Begitu juga dengan ciptaan langit dan bumi selama enam hari, sedangkan Allah sendiri berkuasa untuk menjadikannya dalam sekelip mata. Tetapi semua ini berlaku kerana Allah mahu supaya kita mengetahui bahawa setiap yang wujud dimuka bumi ini akan melalui beberapa peringkat dan juga untuk memberitahu manusia bahawa sabar bukanlah sifat untuk manusia semata-mata, bahkan ia merupakan kunci dan sifat kepada alam ini sendiri. Maha suci Allah!!

Setiap perkara dalam hidup kita tidak dapat lari daripada berhajat kepada kesabaran samada untuk mencapai kejayaan, memahami subjek yang susah, bergaul dengan orang, menyelesaikan masalah, berhajat kepada sesuatu, membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak diri, mentaati Allah ataupun dalam meningggalkan maksiat. Benarlah kata-kata seorang ulama bahawa kesempurnaan dunia dan agama terikat dengan kesabaran.

Tanpa kesabaran akan binasalah manusia. Ini kerana yang menjadikan seorang penzina itu melakukan maksiat adalah kerana dia tidak sabar untuk menahan nafsunya hingga berkahwin. Begitu juga halnya dengan penagih dadah, ketidak sabarannya dalam menghadapi ujian yang menimpa dirinya dan waktu lapangnya menyebabkannya mengisi masa tersebut dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Bayangkanlah betapa besarnya fungsi sabar hingga termaktub di dalam kitabullah lebih daripada 90 kalimah. Marilah kita sama-sama menghayati setiap alunan ayat al-Quran yang kita baca dan membacanya seolah-olah ke atas kita ayat itu diturunkan. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 bahawa meminta pertolongan itu perlu disertakan dengan kesabaran dan solat kerana Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bersabar. Bukankah itu yang kita inginkan?..Bersabar dan Allah akan bersama dengan kita. Kemudian Allah mengkhabarkan lagi berita gembira di dalam surah Az-Zumar ayat 10 bahawa mereka yang bersabar akan mendapat pahala yang tidak terhitung, juga di dalam surah Ali Imran ayat 146, bahawa Allah menyayangi mereka yang bersabar. Subhanallah!!..kurniaan yang tidak terhingga buat mereka yang bersabar.

Di dalam surah As-Sajadah ayat 24 Allah telah berfirman: “Dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami”. Jelas daripada ayat tersebut bahawa Allah menjadikan kepimpinan pada dunia dan agama memerlukan kepada dua perkara iaitu sabar dan yakin. Sabar dalam mengislah individu, keluarga dan masyarakat dan yakin pada Allah.

Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang kisah pertemuan antara tentera mukmin yang diketuai oleh Talut dan tentera kafir yang diketuai oleh Jalut bahawa bilangan tentera bukanlah yang menetukan sesebuah kemenangan, tetapi kesabaran dan keyakinan dan tawakkal kepada Allah itulah faktor kepada kemenangan mereka. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 249-251: “…Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi) golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang –orang yang sabar. Dan apabila mereka yang beriman itu keluar menetang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata; Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami terhadap kaum yang kafir. Oleh sebab itu mereka dapat mengalahkan tentera jalut dengan izin Allah… ”

Sesungguhnya nikmat kesabaran ini tidak akan dapat dirasai melainkan buat mereka yang mengecapinya dan kemenangan tidak akan terhasil melainkan bersamanya kesabaran.

Saturday, August 13, 2011

Amalan sunat di bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya


Friday, August 12, 2011

Jom cuba Bio essence bird's nest facial set

Semalam pergi guardian nak cari bath foam
Tertengok pulak kat bahgian facial tu
kebetulan jugak pencuci muka dah nak abes..

Tak pasal2 abis pitis gi beli facial terbaru bird's nest dari bio-essense..Best jugak produk nih..rasa sejuk n fresh je bila sapu kat muka ni..


tak pasal2 beli sampai satu set.. (~,~")


harap muka boleh jadi cantek macam Sofia Jane ke, Erra Fazira ke, Warnina ke yerr....hahahaa


Tengok resit kat bawah nih. Niat nak beli bath foam jer asalnyer......

aiyakk..robak pitis..gaji lambat lagi nih..huhu

 Beli barang2 dah kopak pitis dapat 1 pek sarung duit raya..

dah minta lebih tp x dapat sbb cashier tu cakap 1 pek angpow untuk pembelian satu resit sahaja..
citt..abih tu takkan nak bayar sepuluh kali baru boleh dapat sarung angpow lebih??
adoiihhaaiiii


Duit rayanyerr x de ke guardian oii??
haha

Tapi guardian ni baik jugak..Diorng kasik jugak free gift. Tapi nak tahu ape??

Tada..

ubat gigi safi, okey!hahaa :D

oklah tu kan..daripada takde langsung..boleh pakai bawak balik kampung masa raya nanti..

Selain itu, nak share 1 produk untuk mata kat bawah ni pulak dibeli beberapa minggu yg lepas kat watson. Boleh ilangkan garis2 halus bawah mata. Btol ke?? sebab tu kena beli dan cuba dulu.. hihi :P
yg ni pulak dibeli masa gi watson -> Anti-wrinkel gel patches




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...