Thursday, May 26, 2011

We can do it!

Masha'Allah...dup dap dup dap jantung ni
harap majlis hari ahad ni berjalan dengan lancar




Ya Allah..permudahkanlah urusanku..

Aku baru je nak bermula ke pra fasa yang baru dalam hidupku ini
Berikanlahku kekuatan fizikal dan mental
Untuk mengharungi dugaan dan pengalaman baru dalam hidupku ini


Ajak kahwin kut mulut memang senang..
tapi nak buat persediaan tu memang pening kepala ni
nak buat sorang2 memang lg pening kepala ni


Apa-apa pun aku memang seorang yang kuat semangat
Akanku buktikan pada semua 
We can do it sayang!




Tuesday, May 24, 2011

Pengurusan stress

Apa itu stress?. Stress = tekanan perasaan.

Siapa yang mudah terdedah kepada stress?

1. Individu yang suka bersangka buruk
2. Kaki gaduh
3. Kerap runsing
4. Terlalu serius
5. Tidak baik dengan rakan sepejabat (dan jiran)





Punca stress pula adalah dari ;

1. Punca dalaman (hati yang kotor, ingkar)
2. Pegangan hidup yang negatif
3. Pengurusan kendiri yang lemah (selalu tidak cukup masa, banyak
kerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup
kelemahan diri)




Individu yang mengalami stress akan ;
1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa,
hampa, suka-duka bersilih ganti
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu



Selain dari itu kesan stress juga akan ;

1. Membabitkan keretakan hubungan sesama rakan sekerja / ketua /pelanggan di pejabat
2. Membabitkan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah
(konflik rumahtangga)
3. Membabitkan keretakan hubungan sesama jiran di rumah /masyarakat



Cara untuk menangani stress ;
1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Melakukan senaman
8. Bersedekah
9. Bersyukur dengan apa yang diperolehi (reda)
10. Muhasabah diri (penyucian minda - ingatkan mati, nilai semula
pegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
11. Berehat - bercuti dan bersantai
12. Selalu tersenyum

Friday, May 20, 2011

Filem Nur Kasih

Baru balik menonton wayang filem Nur Kasih. Ceritanya sangat bermain dengan perasaan. Sambilkan keluar juga air mata ni. huhu

Kalau nak dibandingkan dengan drama Nur Kasih yang bersiri kat tv tu, ceritanya banyak fokus kepada semua pelakon. Kat filem ni pula, ceritanya lebih fokus kepada Nur dan Adam. Oh ya, mia sara pun ada berlakon sekali jadi anak Aidil.

Nak cerita detail lagi korang kena tengok sendiri. Nanti mesti tak thrill kalau cerita semua kat sini. Selamat menonton :)

antara kenangan terindah ;)


Tuesday, May 17, 2011

Happy Teacher’s Day

Happy Teachers Day specially to all teachers out there
Thanks for sharing your knowledge, experiences, jokes etc ;)

simple mother's day celebration

Last week was so  super duper busy weekdays. I dont have chance to think what to do how to celebrate mothers day this year. All in my mind is need to finish up tonnes of work at office. Suddenly got the idea from my darling to buy card and cake for umi. Thanks for the brilliant idea dear..

After the office hour, I rushed to the nearest book store to buy mothers day card for my umi. but sadly they dont sell anymore mothers day card. They already started to sell 'happy teachers day' card. aiyaaaa.....I started to feel so depressed but bravely asked the cashier if they still keep mothers day card. Luckily, they still kept it in their store. Lucky me still have chance to buy one! its better than never right?

After that, I straight away drove to the bakery to buy cake for umi. I bought the nicest one on my eyes qiuckly and went home.....

strawberry fruity chocolate cake


 sweet card and so memorable when think how hard to get this card..


happy mothers day umi..
thanks for everything. love u. May Allah bless you always :)




Sunday, May 15, 2011

darah tinggi

Lama betul tak update..minggu lepas 3 kali berulang balik kampung tengok nenek masuk hospital sebab sakit darah tinggi. staf kat ofis pun ada seorang staf masuk hospital sebab sakit darah tinggi juga. Nauzubillah.......
Semoga nenek cepat sembuh..Amin....


Bagaimana tekanan darah diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.
6_21bloodpressure
Jenis-jenis Darah Tinggi

'Hipertension' Primer

Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
  • Sejarah 'hipertension' dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.

'Hipertension' Sekunder

Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:
  • Penyakit-penyakit ginjal
  • Penyakit-penyakit endokrin
  • Disebabkan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain
Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-
  • Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
  • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
  • Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
  • Kerosakan ginjal
  • Kerosakan mata
Gejala

Biasanya, pada 'hipertension' primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan 'hipertension' iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-
  • Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
  • Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening
Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
  • Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
  • Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
  • Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
  • Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
  • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna
Elakkan
  • Makanan yang tinggi lemak dan garamnya
  • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
  • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
  • Merokok
  • Minuman beralkohol
  • Kekurangan senaman
  • Kerisauan
  • Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan

Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day

Nak wish my mum dan semua kaum ibu kat luar sana happy mother's day.. Yeah selamat hari ibu..

"ibu...ibu..engkaulah ratu hatiku...."

"mama.. I love u....."

Thanks to umi yang dah besarkan kami lima beradik.. Semua dh berjaya skng. Thanks atas segala pengorbanan kasih sayang, masa, penat lelah dan wang untuk kami semua. Semoga Allah sentiasa melindungi umi, diberi kesihatan yang sihat, panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu..

Hari ibu disambut padq hari ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun.. Ada org kata hari2 adalah hari ibu. Bagi saya tak kisahlah. Janji kita bahagia..

Friday, May 6, 2011

Faedah Blog

Faedah mempunyai blog adalah terlalu banyak tanpa boleh dibilang dengan jari. Diantara kebaikan dengan melakukan aktiviti blogging ialah:

  • Blog semakin  popular seperti laman web
  • Blog membantu anda meluahkan pendapat
  • Blog memudahkan penghantaran email kepada ahli
  • Blog membenarkan anda menulis pendapat dengan cepat
  • Blog membenarkan perhubungan dengan prospek anda
  • Blog membantu menyampaikan ilmu kepada pengguna
  • Blog menolong orang awam melihat apa yang anda fikirkan
  • Blog boleh dilihat oleh sesiapa pun
  • Blog memaparkan kepakaran anda dan akan diulang lawat
  • Blog meningkatkan pendedahan anda ke dunia luar
  • Blog membantu orang awam yang memerlukan maklumat
  • Blog membantu penjualan produk dan perkhidmatan anda
  • Blog amat mudah ditulis dan dikemaskini berbanding laman web
  • Blog tidak memerlukan kepakaran khas melainkan membaca dan menaip
  • Blog adalah percuma dan mudah dimulakan
  • Blog meningkatkan kedudukan enjin carian laman web anda
  • Blog membenarkan orang awam memberi ulasan
‘Ilmu Dikongsi Bersama’

Wednesday, May 4, 2011

Bersabarlah Duhai Hati

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hamba-Nya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Sunday, May 1, 2011

Selamat hari pekerja

Semua orang tahu 1 Mei adalah cuti umum hari pekerja bagi negara Malaysia. Dapatlah kita berehat kat rumah extra satu hari selepas penat lelah jadi kuli di pejabat. Huhu

Ada juga di antara kita ni yang kena bekerja masa hari bekerja. Mereka semua ni bukankan pekerja juga?kalau semua orang cuti duk rumah siapa nak jaga kedai?? Tak dapatlah kita nak gi shopping kan?

I cuti ni berehat kat rumah je. Save duit. Esok dah mula bekerja. Bertambun bebanan kerja di pejabat tu. Tak sempat nak spend masa dgn kekasih hati sayang i lagi ni. Miss him so much..

U all semua spend cuti hari pekerja kat mana??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...