Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Khairul Fahmi(Apex) dan Elia nekad putus tali pertunangan??

Rasa simpati sangat dengan mereka berdua ni. Especially kat elia..Sabarlah yer dik.. Rasanya baru sebulan lebih diorng mengikat tali pertunangan. Mungkin ada hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku..


Ikuti petikan keratan akhbar di bawah:-


KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, tetap meneruskan hasrat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.


Malah, dia yang lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakan pasukan Red Warriors, mengakui mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya dan turut memaklumkan hasratnya itu kepada Elia.


“Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu. 

“Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan tindakannya memutuskan pertunangan dengan Elia seperti dilaporkan sebuah akhbar tabloid Ahad lalu. 

Berikutan isu itu, ibu Khairul Fahmi, Bidah Ibrahim, 53, menganggap anaknya tidak ada jodoh bersama Elia. 
Mengulas lanjut perkara itu, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tindakan memutuskan pertunangan dengan Elia kerana faktor orang ketiga seperti dakwaan pelbagai laman web dan blog tempatan. 

Beliau berkata, ketika urusan penyerahan cincin itu dilakukan kepada keluarga Elia, dia berada di Slovakia bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik dan selepas itu melakukan persediaan saingan Piala Malaysia September ini. 

Katanya, isu putus tunang itu tidak menjejaskan tumpuannya bagi persiapan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik negara serta pasukan Red Warriors, malah sempat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan bersama keluarga sebelum berlepas ke Slovakia, Rabu ini. 



Gambar Apex bersama parents dia. Gambar kecil: Elia (tunang apek)


sumber artikel: http://www.bharian.com.my


Harap berita ini hanyalah gosip semata-mata dan sama2 kita doakan agar hubungan mereka kembali pulih seperti sedia kala..Amin..

To elia: walaupun ahkak tak kenal adik, be strong ok. banyakkan berdoa dan sembahyang hajat. mana tau dalam bulan ramadhan yang mulia ni, Allah makbulkan permintaan adik..


Ikuti blog elia di http://jejariruncing.blogspot.com



Thursday, June 9, 2011

Joging naik Bukit Besar

Beriadah sememangnya baik untuk kesihatan. Tapi aku ni kalau tak kena paksa dengan umi pergi joging memanglah liat kalau nak berjoging sorang2 kat luar. Umi aku memang rajin joging. Selain joging, umi sangat menja pemakanannya. Sampaikan kitorang anak2 selalu kena tegur kalau banyak makan makanan yang manis or masin. Kata umi, kalau dah dapat sakit memang susah nak sembuh. "Prevention is beeter than cure". Memang sangat betul pepatah tu..

Salah satu tempat joging umi aku adalah naik Bukit Besar. Untuk kawan2 yang tak familiar, Bukit Besar ni salah satu tempat rekreasi or riadah dalam kawasan Kuala Terengganu. Memang ramai orang naik Bukit Besar petang2 or hujung minggu.. Jadi tak takutlah sebab ramai orang kawasan tu.


umi yang ceria dapat naik Bukit Besar



Kalau naik memang lalu kat perkataan "Allah Selamatkan Terengganu"



Pemandangan kat bahagian separuh sebelum sampai puncak Bukit Besar..Cantik kan? Macam lukisan..



Tuesday, May 17, 2011

Happy Teacher’s Day

Happy Teachers Day specially to all teachers out there
Thanks for sharing your knowledge, experiences, jokes etc ;)

simple mother's day celebration

Last week was so  super duper busy weekdays. I dont have chance to think what to do how to celebrate mothers day this year. All in my mind is need to finish up tonnes of work at office. Suddenly got the idea from my darling to buy card and cake for umi. Thanks for the brilliant idea dear..

After the office hour, I rushed to the nearest book store to buy mothers day card for my umi. but sadly they dont sell anymore mothers day card. They already started to sell 'happy teachers day' card. aiyaaaa.....I started to feel so depressed but bravely asked the cashier if they still keep mothers day card. Luckily, they still kept it in their store. Lucky me still have chance to buy one! its better than never right?

After that, I straight away drove to the bakery to buy cake for umi. I bought the nicest one on my eyes qiuckly and went home.....

strawberry fruity chocolate cake


 sweet card and so memorable when think how hard to get this card..


happy mothers day umi..
thanks for everything. love u. May Allah bless you always :)




Sunday, May 1, 2011

Selamat hari pekerja

Semua orang tahu 1 Mei adalah cuti umum hari pekerja bagi negara Malaysia. Dapatlah kita berehat kat rumah extra satu hari selepas penat lelah jadi kuli di pejabat. Huhu

Ada juga di antara kita ni yang kena bekerja masa hari bekerja. Mereka semua ni bukankan pekerja juga?kalau semua orang cuti duk rumah siapa nak jaga kedai?? Tak dapatlah kita nak gi shopping kan?

I cuti ni berehat kat rumah je. Save duit. Esok dah mula bekerja. Bertambun bebanan kerja di pejabat tu. Tak sempat nak spend masa dgn kekasih hati sayang i lagi ni. Miss him so much..

U all semua spend cuti hari pekerja kat mana??

Tuesday, April 19, 2011

Pentingnya sumber elektrik

Semalam, semalaman masa tidur tak ada elektrik. nasib baik sempat gosok baju kerja. Sekarang ni bila sampai rumah tadi,rumah still takde eletrik. dahlah letih balik keje penat2, panas plak tu. Sekarang ni dah bergelap sebab hari dah malam. Kalau berlarutan macam ni air boleh kehabisan sebab enjin air tak dapat berfungsi.nak memasak, membasuh sekarang ni semuanya perlukan tenaga eletrik.



Negara kita dah sepatutnya ada tenaga alternatif nak ganti bila sumber eletrik terputus. Tenaga solar masih tak berapa popular lagi kat negara kita ni. Kalau ada lampu,kipas or sumber lain yang boleh ganti tenaga elektrik untuk iron baju, cas nfon ni, dah lama i pergi beli kat kedai..para saintis, silalah cipta alat sebegini rupa yer...


Monday, April 18, 2011

Harga minyak ron97 dah naik lagi

Tadi lepas balik kerja tadi i pergilah isi minyak kereta yang hampir kehabisan ni. Minggu lepas asyik tangguh2 je nak isi minyak kete je padahal. Hari ni kebetulan cuaca panas dan cerah. Jadi dapatlah tengok meter isi minyak berputar dari dalam kete.

Oh ya, lupa nak bgtau, kat tempat i ni masih ada pekerja yang tolong isikan minyak keta kita. Tapi tak semua tangki la. Berbalik kepada cerita asal, i ni baru tau minyak ron97 dah naik kepada rm2.70 seliter. Wah, agak terkejut tau. Rasanya haritu rm2.10 je 2 tahun lepas. Hahaha... Itulah harapkan orang lain isi sangat. Biasanya bila dah sampai kat tangki tu begitau je pekerja nk isi minyak rm50 minyak 97. Ermmm patutlah isi rm50 macam rm30 je. Huhuk..

Bila tanya tukang isi minyak itu dia bgtau harga minyak dah lama naik. Dia kata lain kali isi minyak 95 pulak. Minyak 95 masih kekal harga rm1.90 seliter. Macam perli jer.. Kang enjin cepat rosak plak.nasib baik kereta i nih cc kecik jer..tengoklah bila masa nak berjimat semput2 tak ada duit bolehlah menyahut seruan kerajaan pakai minyak ron 95..

Sunday, April 17, 2011

Makan Macarons

Alhamdulillah..At last dapat juga merasa macarons ni. kalau u all baca entri yang sebelum ni ada cerita pasal macarons ni. klik sini untuk baca.

Macarons ni sejenis kuih yang berasal dari perancis. diperbuat daripada putih telur, gula dan serbuk almond. rasanya sedap tapi manis. patutlah makanan ni kecik je. saiz sebesar duit 50sen. harganya rm2-rm3 sebiji. memang susah nak cari. Hari tu kebetulan masa pergi KL sempat beli macarons ni. tak banyak kedai yang jual.

Macarons ni cepat crack kalau u all pegang ganas sangat. so handle with care k. memang rasa sayang nak makan bcoz of warnanya yang colourful.. bagi u all yang tak suka manis, rasa sikit je lah. boleh kena kencing manis kalau makan banyak2..


 macarons ada banyak perisa 


tak sabar nak makan


tamak betul sampai beli 2 kotak.hihi

menarik kan warna macarons ni. so colourful


Bagi sesiapa yang tercari-cari kedai yang jual macarons ni, i suggest ada 1 kedai ni (tempat yang i beli macarons ni):-

Babycakes Sweet Shoppe
G-02A, Ground Floor
G City Hotel
199 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur

*tempat ni sebelah dengan bangunan tabung haji,KL

Tuesday, April 12, 2011

Perfumes for Parents

Hello semua..Perfumes kat KLIA ada 5% off compare to normal price rate kat luar. Mesti u all dah tahu kan. Sebab kat dalam KLIA yang tempat boarding tu adalah kawasan free tax duty. But for chocolates, harganya double mahal compare to harga chocolates kat Langkawi.

Kebetulan masa ada kat airport sempat belikan perfumes CK for my parents. Ni adalah one of favourite perfumes diorang. I suka beli n kumpul perfume britney jer though banyak jer brand lain yang bau sedap :)



Untuk pengetahuan u all, memang lain bau perfumes antara ori, gred aaa, gred aa  ke apa (bagi jenama yang sama)..huhu. So berhati-hati beli perfumes yang murah kat luar sana yer..

Thursday, April 7, 2011

AF9 vs ABPBH 2010

lambat btol i update kali nih..bz dgn urusan idop seharian..huhu

btw, berbalik kpd post b4 ni, congrats kepada Amy Search yg jd pengetua AF9. Aznil Hj Nawawi kembali menjadi pengacara AF..

Untuk ABPBH 2010, bintang popular kali ni adalah Shaheizy Sam! Congrats :P



Saturday, April 2, 2011

AF 9 is coming back!

Hello uols, i ni salah seorang daripada peminat setia yang Akademi Fantasia. Sekarang dah masuk musim AF9. Bila dapat tahu Aznil Hj Nawawi jadi host AF semula, makin bersemangatlah nak tengok.

Dengar katanya pengetua AF musim baru ni malam ni pihak produksi akan announce. Jom sama2 kita tengok.. malam ni start Tirai AF jam 9 mlm di Astro Ria. Happy Watching! :D

Friday, April 1, 2011

ABPBH 2010


Siapakah yang bakal bergelar Bintang Paling Popular dalam Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 3 April 2011 ini? Kita tunggu dan lihat sajalah ABPBH2010 yang akan bersiaran secara live di TV3 pada Ahad ini.


Senarai finalis ABPBH2010:

1) Penyanyi Lelaki Popular
- Anuar Zain
- Black
- Aizat
- Faizal Tahir
- Shahir

2) Penyanyi Wanita Popular
- Adira
- Stacy
- Alyah
- Ana Raffali
- Yuna

3) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
- Ana Raffali/Sohaomi Mior Hassan/Altimet
- Bunkface
- Azlan & The Typewriter
- Meet Uncle Hussain
- 6ixth Sense

4) Penyanyi Nasyid Popular
- Hijjaz
- In-Team
- Mirwana
- Raihan
- Rabbani

5) Pelakon Filem Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Bront Palarae
- Syamsul Yusof
- Shaheizy Sam
- Remy Ishak

6) Pelakon Filem Wanita Popular
- Diana Danielle
- Lisa Surihani
- Liyana Jasmay
- Maya Karin
- Scha Al-Yahya

7) Pelakon TV Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Ady Putra
- Fizz Fairus
- Shaheizy Sam
- Remy Ishak

8) Pelakon TV Wanita Popular
- Fasha Sandha
- Lisa Surihani
- Noorkhiriah
- Scha Al yahya
- Tiz Zaqyah

9) Pengacara TV Lelaki Popular
- Awal Ashaari
- Ally Iskandar
- Aznil Nawawi
- Jimmy Shanley
- Zizan

10) Pengacara TV Wanita Popular
- Cheryl Samad
- Fara Fauzana
- Nurul Shuhada
- Raja Azura
- Sharifah Shahirah

11) Penyampai Radio Lelaki Popular
- Salih Yaakob
- Aznil Nawawi
- Halim Othman
- Faizal Ismail
- Kieran

12) Penyampai Radio Wanita Popular
- Abby Fana
- Fara Fauzana
- Raja Azura
- Linda Onn
- Sharifah Aleya

13) Artis Komedi Lelaki Popular
- Along
- Angah
- Nabil
- Johan
- Zizan

14) Artis Komedi Wanita Popular

- Raja Azura
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Noorkhiriah
- Sharifah Shahirah

15) Artis Baru Lelaki Popular
- Daus
- Maulana
- Shahir
- Sharnaaz Ahmad
- Shahz Jaszle

16) Artis Baru Wanita Popular
- Adira
- Ana Raffali
- Mizz Nina
- Nur Elfira Loy
- Nur Syuhaida@Dottie


Siapa pula pilihan uols?


Saturday, March 26, 2011

Where's Macarons?

Where i can found macarons in Terengganu? it looks so cute, delicious n yummy! Most of places sell macarons are located in KL. I'll be coming to KL but in the middle of April. Insya'Allah.. but for this time being, does anyone know where i can find macarons nearby me?



macarons in variety colours

What is macarons?


A macaron  is a sweet confectionery made with egg whites, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food coloring. The macaron is commonly filled with butter cream or jam filling sandwiched between two cookies. Its name is derived from an Italian word "maccarone" or "maccherone". This word is itself derived from ammaccare, meaning crush or beat, used here in reference to the almond paste which is the principal ingredient. It is meringue-based: made from a mixture of egg whites, almond flour, and both granulated and confectionery sugar.

The confectionery is characterized by its smooth, domed top, ruffled circumference (referred to as the "foot"), flat base. It is mildly moist and easily melts in the mouth.

Macarons can be found in a wide variety of flavours that range from the traditional (raspberry, chocolate) to the new (truffle, green matcha tea). The fillings can range from jams, ganache, or buttercream. Since the English word macaroon can also refer to the Coconut macaroon, many have adopted the French spelling of macaron to distinguish the two items in the English language. However, this has caused confusion over the correct spelling of the cookie/biscuit. Some recipes exclude the use of macaroon to refer to this French confection while others think that they are synonyms.

source: google

Friday, March 25, 2011

pizza hut

Pizza hut has new offer! just rm8.50 per person ( meal includes 1 glass of pepsi, 1 small pizza, 1 soup & 4 garlic bread sticks). we can save a lot peeps.so hurry up and come to nearest pizza hut! :)

Seems that i came with my sis, we need to order meal 2(common sense right). However, we ordered 2 sets of meal 1. so that we'll get 8 garlic bread sticks instead of order meal 2 which has 6 slices of bread stick. it is just because of extra 2 slices of bread sticks. lol

our mushroom soups n garlic bread sticks

cam-whoring while waiting for our meals

 my sis favourite's food. she couldn't stop smiling


 our pizzas..yummy


Shawl and gown(jubah): gifts from my darling


Available on weekdays only, 11.30am - 2.30pm, except on public holidays.

Meal for 1
recommended for 1 person

• Lunch Xpress Pizza / Pasta / Rice
• 1 Soup-of-the-day
• 4 pcs of Garlic Breadstix
• 1 glass of Pepsi

RM8.50 ( Save: RM6.80 )
Meal for 2
recommended for 2 person

• 2 Lunch Xpress Pizza / Pasta / Rice
• 2 Soup-of-the-day
• 1 Garlic Bread
• 2 glasses of Pepsi

RM17.00 ( Save: RM12.40 )



Pizza Selection

Ayam Masala Pizza
Masala chicken in ayam masak merah sauce, mozarella cheese, yellow onions and pineapple bits.


Garlic Butter Chicken Pizza
Chicken meat tenders, chicken load, chicken salami, garlic butter sauce, mozzarella cheese, yellow onions, cliced mushrooms and pineapple bits.

Triple Chicken
Chicken salami, chicken load, char-grilled chicken, mushrooms, onions and tomatoes with Thousand Island sauce.


Ocean Tuna
Tuna, pineapple and onion with Thousand Island sauce.

Pasta Selection

Tempura Prawn Spaghetti
Tempura prawns, onions, tomatoes and dried chillies with Napolitana sauce.

Chicken Carbonara Spaghetti
Chicken meat tenders, chicken loaf, roasted onions and green peas, served with spaghetti with cabonara sauce.
Chicken Bolognaise Spaghetti
Classic, hearty Bolognaise sauce with chicken meat.

 
Rice Selection 

Chicken Arrabbiata Rice
Spicy Arrabbiata sauce with chicken meatballs and button mushrooms.


*information from pizza hut's website
Curry Chicken Rice
An all-time local favourite!
Spicy curry chicken with flavoured rice!

Wednesday, March 23, 2011

BERKABUNG 40 HARI

Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan serta badan-badan berkanun di seluruh Terengganu dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian sepanjang tempoh berkabung 40 hari mulai 21 Mac hingga 29 April ini berikutan kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah. 



Berikut adalah peraturan berpakaian di dalam tempoh berkabung bagi pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Terengganu:-

LELAKI
  • ISLAM - Bersongkok dengan lilitan reben putih berukuran 1 inci.
  • BUKAN ISLAM - Bertali leher hitam atau lilitan reben berukuran 1 inci di lengan.

PEREMPUAN
  • ISLAM - Berselendang putih.
  • BUKAN ISLAM - Lilitan reben hitam berukuran 1 inci di lengan.

    Saturday, March 19, 2011

    Desperate

    i paling tak suka kalau orang tanya, "bila nak kahwin?"/"bila nak makan nasi minyak"??? 

    Antara jawapan cliche yg i akan beri...
    v
    v
    v
    v
    1. Insya Allah, kalau takde apa2 aral, dd.mm.yyyy...doakanlah yer..nanti i kasi kad...
    2. U sponsor la..mesti i terus kahwin!minggu depan jgk i wat kenduri! ahahaha *sambil teruskan gelak yg sakit hati sebenarnya*
    3. Tengah kumpul duit..i kan baru keje......nak tolong mak ayah dulu...adik bradik semenya sekolah lagi..
    4. Mana bole langkah bendul..tunggu abg kandung i sendiri pun belum kawin lg. ikut turn la... *sambung gelak sakit hati lagi*

    Dan antara jawapan diorng pula:-

    1. Kan dah ada calon, nape tunggu lama2?tak elok......
    2. Kan pakai duit lelaki...wat apa nak pakai duit kita?
    3. org pempuan tak elok kawin lambat2...kang susah bla bla bla

    So, ni ulasan yang i nak buat. nak sound, kesian takut org tu trauma menangis tak berlagu plak..dikatanya i mcm2 plak..my answers:-

    1. suka hati i lah nak kawin bila2 pun. uols jadi susah ke kalau i tak kawin lg?
    2. kalau uols kasi 1 million, confirm i wat kenduri kahwin tros. kalah anak raja..jd wedding of the year.takut uols jgn jeles plak!hahaha
    3. yang bertanya tu, bila diri sendiri ke anak u or adik bradik sendiri nak kahwin plak? busybody nak amik tau pasal i bila nak kahwin?
    4. come on la, ni zaman moden, wanita berkarier semuanya. bukan mcm zaman mak bapak kita dulu. umur mcm i skng diorng dah ada anak 2-3 orng. (umur i baru 26 ok.ramai lg wanita umur lebih drpd i yg belum kawin lg..so bole rilex lg..kerna i still muda!hahahahaaa *gelak jahat*)
    5. zaman sekarang ni semua nak pakai duit. tipulah kata wat kecik2 xpkai duit. kat kampung pun sampai belanja rm8k-10k even wat kecik2 pun. kalau ada mak bapak yg kaya raya dan sanggup sponsor baguslah. dah nasib badan..kahwin harapkan duit mak ayah bolehlah..cuba pakai duit sendiri..bagi yang baru keje, brapa sangatlah yg baru nk kumpul..harapkan duit lelaki seorang cukup ke? atau i yg materialistik??
    6. kahwin kalau buat personal loan dgn bank..berbaloi ke? kalau nk grand sgt sila lah..terpulang pada kemampuan masing2.. nk bayar tiap2 bulan tu hak masing2.sendiri yang bayar.tak perlu nak persoalkan ..kecuali org tu minta duit u..
    wah..panjang pula i membebel..so the conclusion is, i belum gatal lagi la sampai DESPERATE sgt nak tak sabar nak kahwin..memang i nak kahwin..sapa yg tak nak kahwin..sedangkan ada sesetengah org lelaki pun tak cukup nak kahwin lebih drpd satu (Nauzubillah, minta jauh dpt suami gitu).. 

    Adalah tu sebabnya. tak perlu nak reveal semua benda kat org.. Apa2pun doakan i sentiasa murah rezeki selalu dan cepat mendirikan rumah tangga dgn pasangan pilihanku ini..thanks semua yg mendoakan yg baik2 utk i :)

    nanti bila dah kawin pula, mesti org tanya, bila nak dpt baby? bila dh ada sorang anak, org akan tanya, bila nak tambah anak lg?kalau dah ada anak pempuan sorang, org confirm akan tanya, bila nk kasik adik?baby boy lah pulak..sepasang..bla bla bla... 

    aiyoyo...mmg soalan takkan habis sampai bila2...apa yg mampu kita berdoa minta dgn Allah.. kerna semua rezeki itu datang drpd Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.......


    * lama betul tak tengok cerita Desperate Housewives nih..dah sampai season 7.. Last tgk sampai series 4 je..dah takde masa nak download..nk tgk pun balik keje dah letih.....tgk jelah preview skit2 kat youtube nih..Layannnnnnnn :P

    *entry ni dituju kpd yg suka byk tanya bila i nak kawin.amik ko panjang berjela jawapannya. ahaks!




    Tuesday, March 15, 2011

    Japenese berdisiplin

    Memang respect sgt dgn diorng ni.Walaupun selepas mengalami bencana alam yang super hebat disiplin mereka masih kuat. Mereka beratur secara tertib walaupun bekalan makanan dan minuman adalah terhad. Tiada kejadian pergaduhan berebut supply. Tiada kes kecurian dan tiada berbunuhan. 

    Bandingkan dengan keadaan yang sama selepas bencana di Bangladesh, Somalia , Haiti dan New Orleans. Jauh bezanya.Walau dalam keadaan susah payah, lapar, penat macam mana sekalipun diorang tetap boleh beratur tunggu turn masing-masing..

    Kalau orang kita macam manalah kan?

    Monday, March 14, 2011

    ILUSI

    U all nampak apa dalam gambar kat bawah ni?? Sambil tengah berehat tu, boleh fikir, tengok elok2 gambar ni dari pelbagai sudut....

     dalam gambar kat atas ni pulak sepatutnya akan nampak 9 orang..
    cari jangan tak cari~


    orang tua atau cowboy terjumpa awek tengah tidur?


    bunga ke muka awek ni?


    Gambar perempuan tua ke muda?

    Sunday, March 13, 2011

    Berita Harian Minta Maaf - Isu Karikatur Tsunami di Jepun


    Haishhhhh..macam-macam.  Pengeluaran karikatur di atas di dalam Berita Harian hari ini telah menyebabkan “rage”, kemarahan dan kebengangan yang amat sangat di kalangan pengguna internet. Inilah kuasa Internet. Cepat je tersebar cerita dan info. Tak pasal-pasal buruk nama Malaysia dek kerana lawak yang tak berapa nak menjadi ni. Berita tentang karikatur ini telah masuk ke laman web CNN dengan tajuk "Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters".

    Teruk Berita Harian dikecam kerana tidak sensitif dan cuba membuat lawak dengan musibah Tsunami Jepun. Tahniah kepada pengguna-pengguna Internet yang prihatin dan sensitif dengan isu ini.

    Berita Harian telah pun mengeluarkan permohonan minta maaf di atas karikatur ini di laman webnya. Semoga di masa hadapan Berita Harian akan lebih prihatin di masa akan datang. 

    Tak kiralah sesiapa pun kan. Walaupun kita ni hidup dalam era globalisasi, tak semestinya kita boleh post, cakap, taip apa sahaja yang kita suka tanpa mengira sensitiviti orang lain. Renung-renungkan.....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...