Wednesday, March 23, 2011

BERKABUNG 40 HARI

Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan serta badan-badan berkanun di seluruh Terengganu dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian sepanjang tempoh berkabung 40 hari mulai 21 Mac hingga 29 April ini berikutan kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah. 



Berikut adalah peraturan berpakaian di dalam tempoh berkabung bagi pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Terengganu:-

LELAKI
  • ISLAM - Bersongkok dengan lilitan reben putih berukuran 1 inci.
  • BUKAN ISLAM - Bertali leher hitam atau lilitan reben berukuran 1 inci di lengan.

PEREMPUAN
  • ISLAM - Berselendang putih.
  • BUKAN ISLAM - Lilitan reben hitam berukuran 1 inci di lengan.

    2 comments:

    nkn said...

    lecehnye

    *Nknadya MNA* said...

    mmg leceh..sampai abis stok tudung putih kat kdai..huhu

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...