Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Joging naik Bukit Besar

Beriadah sememangnya baik untuk kesihatan. Tapi aku ni kalau tak kena paksa dengan umi pergi joging memanglah liat kalau nak berjoging sorang2 kat luar. Umi aku memang rajin joging. Selain joging, umi sangat menja pemakanannya. Sampaikan kitorang anak2 selalu kena tegur kalau banyak makan makanan yang manis or masin. Kata umi, kalau dah dapat sakit memang susah nak sembuh. "Prevention is beeter than cure". Memang sangat betul pepatah tu..

Salah satu tempat joging umi aku adalah naik Bukit Besar. Untuk kawan2 yang tak familiar, Bukit Besar ni salah satu tempat rekreasi or riadah dalam kawasan Kuala Terengganu. Memang ramai orang naik Bukit Besar petang2 or hujung minggu.. Jadi tak takutlah sebab ramai orang kawasan tu.


umi yang ceria dapat naik Bukit Besar



Kalau naik memang lalu kat perkataan "Allah Selamatkan Terengganu"



Pemandangan kat bahagian separuh sebelum sampai puncak Bukit Besar..Cantik kan? Macam lukisan..



Sunday, May 15, 2011

darah tinggi

Lama betul tak update..minggu lepas 3 kali berulang balik kampung tengok nenek masuk hospital sebab sakit darah tinggi. staf kat ofis pun ada seorang staf masuk hospital sebab sakit darah tinggi juga. Nauzubillah.......
Semoga nenek cepat sembuh..Amin....


Bagaimana tekanan darah diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.
6_21bloodpressure
Jenis-jenis Darah Tinggi

'Hipertension' Primer

Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
  • Sejarah 'hipertension' dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.

'Hipertension' Sekunder

Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:
  • Penyakit-penyakit ginjal
  • Penyakit-penyakit endokrin
  • Disebabkan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain
Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-
  • Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
  • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
  • Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
  • Kerosakan ginjal
  • Kerosakan mata
Gejala

Biasanya, pada 'hipertension' primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan 'hipertension' iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-
  • Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
  • Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening
Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
  • Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
  • Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
  • Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
  • Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
  • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna
Elakkan
  • Makanan yang tinggi lemak dan garamnya
  • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
  • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
  • Merokok
  • Minuman beralkohol
  • Kekurangan senaman
  • Kerisauan
  • Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan

Friday, April 29, 2011

Mari bersenam

Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkan beberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda;

a) Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini.
b) Tidak pasti mengenai status kesihatan atau keadaan anda.
c) Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru-paru dan sebagainya
d) Obes atau lebih berat badan.



ANTARA KEBAIKAN SENAMAN ADALAH:

1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.
2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.
3) Mengawal berat badan.
4) Menguatkan jantung.
5) Mengurangkan tekanan jiwa.
6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.
7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.


Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.


Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda. Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;

Fasa Pertama -
Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.




Fasa Kedua -
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.





Fasa Ketiga -
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.




PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:

1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.
2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.

 
 
3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.
5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.
6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.
7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.


 bersenam di hujung minggu

Saturday, April 23, 2011

Khasiat Pisang - 1,001 khasiat , kaya pelbagai vitamin

Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.


Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.


Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

Daun pisang

# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.

# Digunakan sebagai pelindung hujan

# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

# Batang pisang

# Digunakan untuk membuat rakit.

# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang

# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Jantung pisang

# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO

# Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

# Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.

# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

# Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.


Friday, April 22, 2011

Kebaikan susu kacang soya

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.

Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga  menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.



Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot –  tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat?

 






Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya.



Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.

Tuesday, March 15, 2011

Epal Hijau

Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.


Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.

Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%. Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan. Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda..

Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi? Jom kita minum jus epal hijau. Sedap!

Bahan-bahan
>1 biji epal hijau
>2 inci saleri
>1 sudu gula pasir
>1 sudu madu
>ais batu hancur

Cara-cara
1.Epal dikupas kulit dan dipotong kecil
2.Masukkan sume bahan-bahan dalam blender dan kisar sampai halus
3.Sedia untuk diminum
*selain itu boleh jugak tambah bahan lain seperti oren dan carrot.

 sedia untuk diminum :)

Saturday, February 26, 2011

Khasiat air barli halia

Korang pernah minum tak air barli halia? memang air barli biasa kita dah selalu minum kan. tapi ni ditambah halia sekali di dalamnya. Senang jer nak buat air barli halia. Mula2 rebus biji barli dalam periuk yang telah diisi air. kemudian, masukkan halia yg telah dihiris ke dalam periuk tadi. kalau korang nak manis boleh letak gula secukup rasa yang korang nak. kalau taknak letak gula pun takpe..


 Air barli halia..siap untuk diminum. 


 
isi barli n halia..boleh dimakan n minum sekali..


Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot2 penghadaman. Berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Khasiat barli pula dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing, meningkatkan kesihatan buah pinggang, membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.

Jika  minum air barli halia selalu diamalkan, ianya sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Selain tu, dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman. Selamat mencuba :)


Saturday, February 19, 2011

Kebaikan Skipping

Bagi u all yang sangat terhad masa untuk keluar rumah untuk beriadah, skipping kat rumah pun salah satu cara untuk kita exercise..

Antara kebaikan skipping ni adalah:-
  • Mudah dan jimat kos
  • Menambah keyakinan. lompat cam mana pun takde org nk gelakkan kita
  • Membina  kemahiran kecergasan & memperbaiki kelincahan, koordinasi, ritma, keseimbangan & kekuatan stamina
  • Menyeronokkan & mencabar bagi org mula2 yg nk start exercise
  • Meningkatkan tahap kesihatan jantung
  • Mempercepatkan kadar denyutan jantung dan dapat tingkatkan metablisme
  • Membakar lemak & kolesterol
  • Membina otot dan stamina.

Bagi orang yg berkerja petang2 nak magrib baru sampai rumah, takda masa nak gi gym, bolehlah  skipping jap 10-15 minit. Melompat sampai berpeluh skit pun jadilah kan. At least kite exercise.. Simple je kan? Yang penting kita kena rajinkan diri. Untuk kesihatan diri sendiri juga kan? :)

So far, i pun baru start semula nk exercise ni..memang kalau dah balik rumah tu dah letih tak larat nak jogging. Nak mudah i skipping je kat rumah.Baru 2 minggu start skipping setiap hari..tengok berat turun 2 kg.. Ok lah tu kan. Kena sentiasa berterusan.. Pemakanan pun mesti nk dijaga juga.. Elakkan makan tengah malam.. Ambil nasi half je daripada dulu.Lebihkan sayur dan buah-buahan.. Ingatan untuk diri sendiri juga nih..
Cara  u all exercise macam mana pulak?

Friday, November 12, 2010

Berat badan turun!

Wah..berita gembira untuk diri sendiri..aritu timbang berat badan..dah turun 3 kg! seronok sgt!
skng ni ai tgh mencuba produk ini..




dan diikuti dengan losyen ini...






sumber: google (tak sempat nak transfer gambar yg snap sendiri masuk lattop lg)



Memang berkesan..kapsul pati halia mkn sekali sehari  4 biji after makan. Then before tido sapukan losyen pada bahagian yang bermasalah..

Sumber utama bahan ini adalah halia. memang tak dinafikan halia memang khasiat. Antaranya adalah membantu menghadamkan makanan, dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.

Dah hampir 2 minggu ai pakai..kesan dia memang mujarab..memang tak dinafikan sentiasa nak buang air besar..tapi bagus buang segala lemak2 serta angin dlm badan..

Harganya memang murah dh senang untuk didapati..kat toko jamu dan farmasi pun ada..lebih terjamin beli kat farmasi kerana barangannya sentiasa dikawal..

Friday, October 22, 2010

Khasiat Limau Nipis

Ramai yang dah tahu di luar sana akan khasiat buah limau nipis..limau nipis digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti untuk memasak tom yam, sup, minuman, menghilangkan bau badan serta pelbagai petua2 kesihatan lagi..



                                                            sumber: google

a)   Petua Mengempiskan Perut

Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut.
Petua mak nenek saya pesan pula buah limau nipis/limau kasturi yang kita minum dalam teh o limau tu seeloknya dimakan juga..tujuannya adalah dapat mengurangkan bau badan kita semasa berpeluh...

b)   Petua Pulih Kulit Wajah

Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

c)   Petua Hilangkan Bau Kaki

Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pada kaki.

d)   Petua Mewangikan Rambut

Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala.
 Selamat mencuba okey! :)

Friday, October 1, 2010

penawar resdung

petua ni ai dapat masa surfing kat google..ai ni pun memang ada resdung..memang selalu beli ubat "zyrtec" kat farmasi..ni nak try cara yang lebih simple dan free plak tuh.. 


1. Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk)


2. Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.


3. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan...


senang je kan..slamat mencuba! :)

Friday, September 24, 2010

jus mate 5

Setelah 2 minggu umat islam menyambut hari raya, mcm2 mknn kita mkn nak qada' balik mkn.. ai pon dah mula risau dengan weight ai yg dh increase mcm tak hengat dunia..nak pengsan??!!!

so, after survey produk2 kesihatan kat luar sana n nasihat org yg concern akan weight ai, maka hatta yg demikian ai cuba dan belilah mknn kesihatan ni...

jus mate 5 by dr rozmey..

 halal dan produk buatan malaysia lagi tu..

dalam kotak tu ada 20 uncang..minum every morning..kena 2 jam perut kosong..then lunch just  mkn skit je..lebihkan sup n buah-buahan..so far ai baru minum seminggu.. perut mmg rase asyik kenyang dan tak rase nk mkn sgt..hasilnye lom nampak ketara lg coz baru nk cube..huhu.. information detail  u all bole surf kat www.herbaprima.com.my

hope ai bole dptkan berat bdn idaman ai..harga sekotak tu bole beli nbag baru..dugaan skng byk plak open house raye n open office.. tapi sendiri mau ingat laa mau kurus..bak kate pepatah, tepuk dada tanya selera..peace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...