Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, October 21, 2011

BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG HINGGA HUJUNG USIA

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan sentiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.

Friday, October 14, 2011

Sabar Itu Indah

"SABAR" itu berkat...
"SABAR" itu indah...
"SABAR" itu mulia...
"SABAR" itu sejuk...
"SABAR" itu terpuji...
"SABAR" itu pemaaf...
"SABAR" itu arif & bijaksana....

"Maka Bersabarlah kamu dangan sabar yang Baik" (AL-MA'ARIJ : 5 )

Kerana "SABAR" kita bisa mencapai kebahagiaan...
Kerana "SABAR" kita meraih kejayaan...
Kerana "SABAR" kita mendapat hidayah...
Kerana "SABAR" kita disayangi...
Kerana "SABAR" kita dicintai oleh ALLAH & RASUL-NYA...

Sabar itu berat tanpa IMAN...
Sabar itu rumit tanpa ILMU...
Sabar itu resah tanpa tafakur...
Kita tidak akan tahu makna kehidupan tanpa "SABAR" ,
"SABAR" tidak ada tanpa IMAN & IMAN tidak ada tanpa "ILMU"...

"Jadikanlah SABAR dan SOLAT mu, sebagai penolongmu, Dan sesungguhnya hal itu amat Berat kecuali bagi Orang-orang yang khusyuk'" ( AL-BAQARAH : 45 )

Tanpa IMAN & TAQWA kepada ALLAH SWT tidak akan ada hamba yang sabar akan ujian-NYA.
Kerana ujian-NYA lah darjat kita bertambah..
Kerana ujian-NYA pula lah kita dapat mengenal makna hidup yang sesungguhnya....

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi ALLAH adalah kekal. dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (an-Nahl ; 96)

"Mereka itu diberi pahala dua kali ganda di sebabkan kesabaran mereka....." (al-Qashash : 54 )

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (az-Zumar : 10)



"KESABARAN" adalah cermin peribadi seorang MUSLIM.....



Monday, October 10, 2011

dapat perfume christian dior j'adore edp

sempena harijadiku yang ke 2- tahun baru ni, 
dapat hadiah best daripada orang tuaku..

best

suka

happy

semuanya ada perasaan yang gembira

terima kasih umi dan abi :D


perfume christian dior j'adore 

i likeeeee 

(",)


Monday, October 3, 2011

happy birthday to me!

Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..


terima kasih kat semua abang, famili dan kawan2 yang wish n celebrate my birthday
semoga diriku ni panjang umur, sihat walafiat, dimurahkan rezeki yg halal, berjaya dunia akhirat, cepat2 kawin  (hihi *sempat lg*) dan bahagia selalu..AMIN :D


Sunday, September 4, 2011

tema kahwin kuning ungu guna fresh flower

Musim raya dah jadi trend salah satu musim orang kahwin selain musim cuti sekolah

Aritu sempat pergi keduri kahwin adik ahkak opis

cantik pelaminnyerr..ada kelasss gitu..
tema warna ungu n kuning (100% fresh flower)
sedap mata memandang
fresh je bau bila masuk rumah



hand flower

hantaran untuk pihak perempuan

hantaran untuk lelaki


bilik pengantin

gamba kenangan depan pelamin

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA DAN HARI MERDEKA

Assalamualaikum......

Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang beragama Islam khususnya kat readers di blog ni. Terima kasih sebab sudi jengah blog picisan ni. Sudi² singgah lagi yerr...

Selamat Hari Raya Aidilfiri..Maaf Zahir dan Batin..


Selamat Hari Merdeka yang ke 54 tahun..Semoga negara Malaysia akan terus aman sentosa :D

Friday, August 26, 2011

Dapat makan macarons lagi

Salam jumaat

syukur dapat menyempurnakan puasa

dah 26 ramadhan hari ni..

Baru2 ni ada akak kat opis kasik macarons

satu bekas lagi tu hah



dapat satu bekas lagi tu hah..

tenkiu hajah :)

masa t akak tu tempah kat org kat wakaf mempelam..

sapa2 yg cari macarons, ada banyak jer yg jual kut online skrang

klik link di bawah ni:




ada kawan yang dah tempah kut online macaron tu..memang sedap. Not bad n tak manis sangat.. shedappp :D


Tengs opis cos kasik duit raya lagi!!! yeayyyyyyyyy

cantekkkk sampul duit raya nih kan :)



Bonus dah masuk..Alhamdulillahhhh...........

tapi dah abis guna bayar baju raya, biskut raya, tukar duit raya...........huhuuhukkk


Thursday, August 25, 2011

Apply cuti 2 hari dapat 9 hari cuti termasuk cuti free straight

Salam semua

masing² dah start apply cuti raya ke blom??

tahun ni kita semua yg bekerja ni jimat banyak cuti untuk raya tahun ni

mana taknya, kalau appy cuti 28.8.11 dan 29.8.11 (2 hari je apply cuti), kita akan dapat cuti straight

cuba kira eh..

(Ni untuk kiraan bagi yang bekerja di Terengganu, Kelantan n Kedah shj yerr)

1) Jumaat - 26.8.2011
2) Sabtu   - 27.8.2011
3) Ahad   - 28.8.2011 - APPLY CUTI
4) Isnin    - 29.8.2011 - APPLY CUTI
5) Selasa  - 30.8.2011 ->HARI RAYA
6) Rabu    - 31.8.2011 ->HARI MERDEKA
7) Khamis - 1.9.2011   -> CUTI GANTI
8) Jumaat  - 2.9.2011
9) Sabtu    - 3.9.2011

BETULKAN??JANGAN TAK PERCAYA :D

Boleh Jimat banyak cuti untuk raya tahun ni...

Seronok jgk raya tengah² minggu nih..
Tambahan pula ada cuti umum sekali..

Macam mana persiapan raya u all?

Tudung raya dah beli??

Kasut raya dh beli??

Baju raya dah amik ke belum kat tukang jahit tu??ke beli baju siap je senang?

Biskut raya dah amik ke belum? Kuih tunjuk jugak senang kan zaman skrang nih :D

* Fuhhh..lega sebab dah selamat tukar duit raya kat CIMB petang semalam. Dapat tukur RM1 & RM5 sahaja sebab note RM10 dah habis!!

Maybank hanya buat servis pertukaran duit raya hanya pada waktu pagi sahaja (9.15-12 noon only). harap maklum :D

Tuesday, August 23, 2011

Dapat hamper raya!

Hepiiiii sgt

Dapat hamper raya dari opis


Cantik kan??

So sweet n simple

suka..suka!!

Terima kasih MBKT :)

Monday, August 22, 2011

Syioknyerr..dah dapat duit raya!!

Wahh..sangat syiok rasa......
Baru jer tadi buat entri cakap pasal duit raya
Dapat duit raya!!
walaupun tak banyak, tapi bersyukur sangat..

Rezeki..rezeki...

terima kasih KOSMAT! :D

Mana bonus dan gajiku????

Haaaddoiiiiiiiiiiiii
Raya dah tak lama lagi..lebih kurang 8 hari je lagi kita akan menyambut syawal
tapi gaji dan bonus belum dapat lagi
lambatnya nak tunggu 24hb ni.........

Checklist:-
1) Baju raya - belum amik lagi
2) Biskut raya - belum amik lagi

dan yg paling budak² suka..........

3) Duit raya............. - GAJI+BONUS BELUM DAPAT LAGI

nampaknya this year semenyer macam last minute nyerr preparation jer...huhu
sampul duit raya pun takde lagi. mana nak dapat eh (yg free) ???

source: http://www.flickr.com/photos/mamatouch/3747607911/

Perhatikan tulisan kat samput duit raya tu

DUIT RAYA ITU BEST!!

Memanglah best duit tu...sapa tak suke kan..kan.. kalau boleh org yg dah keje ni pun nak duit raya lagi..hihihi


Thursday, August 18, 2011

Jom buat kuih onde-onde dan kuih puteri mandi sendiri

Salam Ramadhan semua...

Hari ni dah masuk hari yang ke-18 berpuasa
banyak resepi dah keluar tunjuk kepakaran memasak di dapur kan
Mesti banyakkan lauk-pauk yang u all dah masak?

Sambil² tu pemanis mulut juga turut kita sediakan sebagai pelangkap menu
Tengok kat bazar Ramadhan harga kuih-muih makin naik tahun makin naik harganya..
Sampailah terdetik rasa nak buat sendiri je kuih kat rumah

Dengan bermodalkan tak sampai rm5 untuk beli tepung, kita dah jimat berpuluh² hengget dh kat situ
bayangkan harga kuih RM1 = 6 biji
kalau buat sendiri, kos tepung pulut RM 2 je..tapi boleh buat banyak

So, semalam dengan bantuan auntie n adik i sama² buat kuih onde² n puteri mandi
seronok kalau ramai² ada kat dapur kan :D

Dan lihatlah hasilnyaaa...

Tada.........
Puteri mandi
Onde-onde @ Buah melaka

Terliur tengok kan..tambah² lagi tgk time tghari bulan puasa nih..

Nak resepi? Oh mudah ajer...

Adunan nak buat kuih puteri mandi dan onde² boleh guna sama jer yerr akak²,adik²..

1) Tepung pulut 500 gram
2) Tepung gandum sikit aje.. lebih kurang 3-4 sudu besar (untuk kasik adunan keras skit)
3) Kapur sireh sikit - uli sekali dengan adunan tadi
4) Pewarna hijau sikit untuk kasi warna hijau
5) Gula melaka (org tganu n kelantan sebut manisan) - dipotong dadu kecik²
6) Kelapa parut yang baru dan fresh

Then, uli adunan tadi sampai rata..

Adunan yg telah siap diuli sehingga rata
Untuk kuih puteri mandi - Gentel bulat² dan penyekkan skit dibahagian tengah

Ini yerr doh kuih puteri mandi yang telah siap digentel


Untuk kuih onde² - Gentel bulat² dan masukkan gula melaka yg dipotong dadu kedalamnya dan getel bulat² sekali lagi


Ok, dah siap semunya, rebuskan air dalam periuk. Tunggu sehingga menggelegak..

Sudah tu masukkan adunan kuih tadi satu per satu...Dan tunggu sehingga timbul..kalau belum timbul maknanya belum masak lah tu..

Peringatan: Kalau u all pakai tepung gandum 100% tanpa campur tepung pulut,  memang kuih tu takkan timbul! alamatnya akan dihumban ke dalam tong sampah sebab kuih jadi keras!(nasihat sbb dah ada pengalaman!hahaaaa)

Dah semua timbul tu, untuk kuih onde², golekkan kuih tadi dalam kelapa parut


Untuk kuih puteri mandi pulak, dah timbul semua kuih tadi, sejukkan dalam air sejuk. Sementara tu, panaskan kuali. Then, masukkan air dan gula melaka tadi. Next campur sikit kelapa parut ke dalam kuali tu. Dah nampak masak, masukkan adunan kuih tadi dan gaul sehingga rata....

*Gambar proses² kerja tu tak dapat nak ambil sebbab sibuk prepare makanan lain utk berbuka puasa..

Ada juga kuih tambahan semalam untuk berbuka puasa..

Nak tahu apa??

Donut big apple! Yeayy! my favourite :)
Tak larat nak makan after berbuka



Sambung makan selepas terawih semalam..uiiii...yummmy!!
My favourite!!!

Sunday, August 14, 2011

Kenapa perlu bersabar??


Sejenak mari kita berfikir bersama tentang kejadian Allah swt. Kita lihat kepada janin di dalam perut ibunya dan kita lihat peringkat pekembangannya. Dia tidak akan membesar secara tiba-tiba dan begitu juga tanaman serta timbul tergelincirnya matahari. Semuanya berlaku berperingkat dan memerlukan masa.


Begitu juga dengan ciptaan langit dan bumi selama enam hari, sedangkan Allah sendiri berkuasa untuk menjadikannya dalam sekelip mata. Tetapi semua ini berlaku kerana Allah mahu supaya kita mengetahui bahawa setiap yang wujud dimuka bumi ini akan melalui beberapa peringkat dan juga untuk memberitahu manusia bahawa sabar bukanlah sifat untuk manusia semata-mata, bahkan ia merupakan kunci dan sifat kepada alam ini sendiri. Maha suci Allah!!

Setiap perkara dalam hidup kita tidak dapat lari daripada berhajat kepada kesabaran samada untuk mencapai kejayaan, memahami subjek yang susah, bergaul dengan orang, menyelesaikan masalah, berhajat kepada sesuatu, membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak diri, mentaati Allah ataupun dalam meningggalkan maksiat. Benarlah kata-kata seorang ulama bahawa kesempurnaan dunia dan agama terikat dengan kesabaran.

Tanpa kesabaran akan binasalah manusia. Ini kerana yang menjadikan seorang penzina itu melakukan maksiat adalah kerana dia tidak sabar untuk menahan nafsunya hingga berkahwin. Begitu juga halnya dengan penagih dadah, ketidak sabarannya dalam menghadapi ujian yang menimpa dirinya dan waktu lapangnya menyebabkannya mengisi masa tersebut dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Bayangkanlah betapa besarnya fungsi sabar hingga termaktub di dalam kitabullah lebih daripada 90 kalimah. Marilah kita sama-sama menghayati setiap alunan ayat al-Quran yang kita baca dan membacanya seolah-olah ke atas kita ayat itu diturunkan. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 bahawa meminta pertolongan itu perlu disertakan dengan kesabaran dan solat kerana Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bersabar. Bukankah itu yang kita inginkan?..Bersabar dan Allah akan bersama dengan kita. Kemudian Allah mengkhabarkan lagi berita gembira di dalam surah Az-Zumar ayat 10 bahawa mereka yang bersabar akan mendapat pahala yang tidak terhitung, juga di dalam surah Ali Imran ayat 146, bahawa Allah menyayangi mereka yang bersabar. Subhanallah!!..kurniaan yang tidak terhingga buat mereka yang bersabar.

Di dalam surah As-Sajadah ayat 24 Allah telah berfirman: “Dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami”. Jelas daripada ayat tersebut bahawa Allah menjadikan kepimpinan pada dunia dan agama memerlukan kepada dua perkara iaitu sabar dan yakin. Sabar dalam mengislah individu, keluarga dan masyarakat dan yakin pada Allah.

Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang kisah pertemuan antara tentera mukmin yang diketuai oleh Talut dan tentera kafir yang diketuai oleh Jalut bahawa bilangan tentera bukanlah yang menetukan sesebuah kemenangan, tetapi kesabaran dan keyakinan dan tawakkal kepada Allah itulah faktor kepada kemenangan mereka. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 249-251: “…Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi) golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang –orang yang sabar. Dan apabila mereka yang beriman itu keluar menetang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata; Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami terhadap kaum yang kafir. Oleh sebab itu mereka dapat mengalahkan tentera jalut dengan izin Allah… ”

Sesungguhnya nikmat kesabaran ini tidak akan dapat dirasai melainkan buat mereka yang mengecapinya dan kemenangan tidak akan terhasil melainkan bersamanya kesabaran.

Friday, August 12, 2011

Jom cuba Bio essence bird's nest facial set

Semalam pergi guardian nak cari bath foam
Tertengok pulak kat bahgian facial tu
kebetulan jugak pencuci muka dah nak abes..

Tak pasal2 abis pitis gi beli facial terbaru bird's nest dari bio-essense..Best jugak produk nih..rasa sejuk n fresh je bila sapu kat muka ni..


tak pasal2 beli sampai satu set.. (~,~")


harap muka boleh jadi cantek macam Sofia Jane ke, Erra Fazira ke, Warnina ke yerr....hahahaa


Tengok resit kat bawah nih. Niat nak beli bath foam jer asalnyer......

aiyakk..robak pitis..gaji lambat lagi nih..huhu

 Beli barang2 dah kopak pitis dapat 1 pek sarung duit raya..

dah minta lebih tp x dapat sbb cashier tu cakap 1 pek angpow untuk pembelian satu resit sahaja..
citt..abih tu takkan nak bayar sepuluh kali baru boleh dapat sarung angpow lebih??
adoiihhaaiiii


Duit rayanyerr x de ke guardian oii??
haha

Tapi guardian ni baik jugak..Diorng kasik jugak free gift. Tapi nak tahu ape??

Tada..

ubat gigi safi, okey!hahaa :D

oklah tu kan..daripada takde langsung..boleh pakai bawak balik kampung masa raya nanti..

Selain itu, nak share 1 produk untuk mata kat bawah ni pulak dibeli beberapa minggu yg lepas kat watson. Boleh ilangkan garis2 halus bawah mata. Btol ke?? sebab tu kena beli dan cuba dulu.. hihi :P
yg ni pulak dibeli masa gi watson -> Anti-wrinkel gel patches




Monday, August 8, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

Berita baik! berita baik!! khas untuk government servant :D


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.


Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA 

 

source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bonussetengahbulanuntukpenjawatawam_RM500untukpesara/Article

Reminder: gamba duit di atas hanyalah hiasan blog semata2. sumber gamba hanyalah di google di internet sahaja..hahaha


Alhamdulillah..dapat buat belanja raya..Terima kasih kerajaan Malaysia :D

Wednesday, August 3, 2011

Khairul Fahmi(Apex) dan Elia nekad putus tali pertunangan??

Rasa simpati sangat dengan mereka berdua ni. Especially kat elia..Sabarlah yer dik.. Rasanya baru sebulan lebih diorng mengikat tali pertunangan. Mungkin ada hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku..


Ikuti petikan keratan akhbar di bawah:-


KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, tetap meneruskan hasrat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.


Malah, dia yang lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakan pasukan Red Warriors, mengakui mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya dan turut memaklumkan hasratnya itu kepada Elia.


“Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu. 

“Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan tindakannya memutuskan pertunangan dengan Elia seperti dilaporkan sebuah akhbar tabloid Ahad lalu. 

Berikutan isu itu, ibu Khairul Fahmi, Bidah Ibrahim, 53, menganggap anaknya tidak ada jodoh bersama Elia. 
Mengulas lanjut perkara itu, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tindakan memutuskan pertunangan dengan Elia kerana faktor orang ketiga seperti dakwaan pelbagai laman web dan blog tempatan. 

Beliau berkata, ketika urusan penyerahan cincin itu dilakukan kepada keluarga Elia, dia berada di Slovakia bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik dan selepas itu melakukan persediaan saingan Piala Malaysia September ini. 

Katanya, isu putus tunang itu tidak menjejaskan tumpuannya bagi persiapan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik negara serta pasukan Red Warriors, malah sempat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan bersama keluarga sebelum berlepas ke Slovakia, Rabu ini. 



Gambar Apex bersama parents dia. Gambar kecil: Elia (tunang apek)


sumber artikel: http://www.bharian.com.my


Harap berita ini hanyalah gosip semata-mata dan sama2 kita doakan agar hubungan mereka kembali pulih seperti sedia kala..Amin..

To elia: walaupun ahkak tak kenal adik, be strong ok. banyakkan berdoa dan sembahyang hajat. mana tau dalam bulan ramadhan yang mulia ni, Allah makbulkan permintaan adik..


Ikuti blog elia di http://jejariruncing.blogspot.com



Saturday, July 16, 2011

Scandinavian Explorer (Vacation in Finland, Sweden, Norway & Denmark)

Negara² Scandinavia ni terdiri daripada 4 buah negara iaitu Finland, Norway, Sweden & Denmark.. After selesai convo my lil bro, kitorng bergerak ke Scandinavia untuk next vacation...

Dari St. Petersburg, Russia kitorang naik bas Neva Tour(Russia Company) lebih kurang 8 jam untuk sampai ke Finland. Imegresen diorang better dari Russia n Bangkok. Tak cerewet sangat. Sampai di Finland, we all pergi ke Helsinki(ibu negara Finland)..

Finland


buah ceri n strawberi kat sini sangat manis :)

After penat berposing di bawah mentari terik tapi udaranya sejuk, we all bergerak ke Turku, Finland untuk naik cruise.

in our cabin deck
our cruise bebeh- Silja Europa



Stay dalam cruise satu malam then we all turun kat Stochholm, Sweden keesokan paginya...

Sweden



Stockholm city centre
Stockholm Public Library, Sweden


Norway

Then, we headed to Norway (one of the richest country in the world) by our travel bus for 8 hours of journey. We stayed in Scandic Asker Hotel, Oslo, Norway for 2 nights.




Our travel agent suruh kitorng bangun awal sbb dia takut miss mini cruise kat Flam, Norway .. Untuk ke sana kena naik bas lebih kurang 3 jam jugak lamanya..nasib baik pemandangan kat sini sgt2 cantik.. berbaloi naik bas lama..huhu

Sgt cantik scenery kat sini..sesuai tempat nk honeymoon..

Mini cruise at Flam, Norway
keychain scandinavian explorer- pinjam yani punye :)

Bongkah ais keras yg tgh mencair masa summer


Subhanallah....

Air terjun dari atas banjaran gunung @ Flam, Norway




Kitorng balik semula ke hotel. Esoknya pusing2 bandar Oslo, Norway

Den Hemmelige Parken

Setelah 3 hari 2 mlm di Norway, we all bergerak ke Copenhagen, Denmark pula dgn menaiki cruise lg yg bernama 'Crown of Scandinavia' milik company DFDS Seaways untuk 1 malam.

shopping area dalam cruise


Denmark

We all sempat pergi ke Copenhagen, Denmark utk 2 hari 1 mlm n stay kat Hotel Quality Marina. Tempat ni syurga bagi sesiapa nak shopping sbb harganya lebih murah. Traffic light untuk cylist pun ada disediakan khas. Memang kat sini galakkan penduduk diorng bawa basikal. Kat sini ada macam2 jenis bangsa. Muslim pun ramai kat sini.. Yang tak best kat sini putung rokok bersepah2 kat merata tempat.


Patung ikan duyung
Titti-frutti Denmark

Copenhagen City Council


Setelah penat berjalan di Scandinavia, kitorng pun balik semula ke Saint Petersburg , Russia dengan menaiki cruise 'Anatasia' milik Russia company for 2 nights. Dalam cruise ni semunya kena bayar termasuklah wifi service. Dah lepak sangat, qada' tido je lah sementara tunggu nak sampai St. Pets, Russia semula..

Berjalan 2 hari di St. Pets then pergi ke Moscow naik SAPSAN lagi selama 4 jam.. Bermalam semalaman di Moscow sementara tunggu flight balik ke Malaysia semula..Naik flight dari Moscow ke Bangkok selama 8 jam dan transit di Bangkok  selama 9 jam.. very happy though time very packed...tapi skng dh qada' tido puas2 dah. kerja byk menanti di opis.. 3 minggu off..macam mana agaknya meja opis yer....huhu




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...