Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Tips jimatkan minyak kereta

Tip-tip atau petua-petua bagaimana nak jimat minyak kenderaan

1. Isi minyak sebelah malam
Apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.


2. Isikan minyak sehingga tangki penuh.
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.


3. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 / 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.


4. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.


5. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.


6. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.


7. Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.


8. Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.


9. Pemanasan enjin selama 30 saat. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak.

10. Elakkan menunggu .
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.


11. Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

Friday, September 23, 2011

6 Cara Penjagaan Kulit Muka


Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.




Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.<----WAJIB YERRR KAWAN2

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

Friday, September 16, 2011

SEPULUH KESALAHAN PALING UMUM DALAM PERANCANGAN PERKAHWINAN DAN CARA MENGELAKKANNYA!


TIDAK MEMILIKI ‘CLEAR EXPECTATIONS’ DARI HARAPAN ANDA SENDIRI
Banyak masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh harapan bakal pengantin yang saling bertentangan. Anda tidak tahu jumlah pilihan dan keputusan yang anda perlu buat, tambahan pula dengan ada yang mencampur adukkannya dengan gejolak emosional. Cuba pisahkan di antara fantasi dan realiti kerana ianya akan membantu mengurangkan banyak sumber masalah dan merupakan kunci untuk mendefinasikan harapan anda sendiri.
Sebelum anda mula membuat sebarang perancangan serta memutuskan apa yang sebenarnya penting bagi anda… buatlah seberapa banyak bacaan yang anda mampu tentang perkahwinan dan kemudian berusaha untuk asingkan fantasi dari kenyataan dan situasi anda…
Putuskan apa keutamaan anda, apa tolak ansur yang berpotensi, dan apa yang membuang masa serta tenaga anda. Tindakan ini akan membantu dalam membuat perancangan perkahwinan serta budget anda lebih teratur. Ianya juga akan membantu dalam hubungan komunikasi yang lebih berkesan sesama ahli keluarga, perancang perkahwinan dan akhirnya, menjimatkan masa, stress dan wang.

TIDAK MELETAKKAN BUDGET  REALISTIK

Masalah yang berkaitan dengan wang biasanya adalah penyebab stress lebih dari apapun dalam proses perancangan perkahwinan. Perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan, adalah dengan menetapkan anggaran budget yang realistik dan mematuhinya.


Kebanyakkan pengantin menjadi begitu tertekan dengan kos perkahwinan hingga menyebabkan mereka kehilangan rasa seronok menjelang tibanya waktu majlis.. Jangan biarkan wang menghancurkan apa yang sepatutnya menjadi salah satu pengalaman yang paling indah serta menyeronokkan bagi anda dan keluarga anda. Tetapkan budget anda mengikut kemampuan dan pastikan anda mengikutinya.

Dengan adanya ‘budget’..  anda akan dapat menetapkan pelan tindakan yang akan menyelamatkan diri dari stress dan memberi anda kebebasan menjadi fleksibel untuk perkara yang paling penting bagi anda.

Kebanyakkan bakal pengantin tidak mempunyai panduan apakah kos yang akan termasuk di sepanjang perancangan perkahwinan. Maka, untuk menetapkan ‘budget’ anda.. buatlah satu rumusan serta gambaran semua kos yang dijangkakan.. Cth : Budget untuk hantaran, hadiah untuk tetamu, pelamin, kek dan sebagainya… Lakukan beberapa panggilan untuk mengumpul maklumat anda. Kebanyakkan ‘Perancang Perkahwinan’ dengan senang hati akan memberi anda beberapa anggaran melalui telefon.

Setelah mengumpul maklumat anda, tentukan apa yang paling penting bagi anda. Bincang dan putuskan formaliti majlis anda, budget, serta siapa yang akan bertanggungjawab untuk apa. Ini akan membantu mengelakkan dari salah faham di kemudian hari.

Tuesday, September 13, 2011

Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat


Korang semua mesti pernah ada jerawat kan? Selalunya jerawat akan meninggalkan kesan parut dan bukan mudah nak hilangkan parut jerawat tu. Produk-produk kat kedai pun belum tentu betul-betul dapat hilangkan parut jerawat tu.






Ni ada cara nak menghilangkan bekas jerawat yang nak share ngan korang ni. Korang try la, InsyaAllah parut akan berkurangan dan hilang. Ada banyak tips ni korang boleh la try satu-satu dan tengok yang mana sesuai dan berkesan untuk korang.


1.  Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu di parut jerawat anda.

2. Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Buangkan kulitnya. Kemudian bersihkan dan parutkan ubi kayu tersebut.Selepas itu perah untuk dapatkan airnya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.

3. Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam  pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.

5. Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.

6. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya. Lumurkan jus lemon tersebut ke muka 2 kali sehari dan minum jus lemon 1 kali sehari.

7. Gunakan daun lidah buaya. Ambil jelnya sahaja dan lumurkan pada kawasan berparut. Bilas dengan air suam setelah kering. Jelnya juga boleh di buat jus dan minum 1 kali sehari.


Selamat mencuba yer :D

Friday, September 9, 2011

Petua hilangkan kelumumur

Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.

Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan.

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.

Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.

Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.

Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.



daun pandan 


Friday, August 12, 2011

Jom cuba Bio essence bird's nest facial set

Semalam pergi guardian nak cari bath foam
Tertengok pulak kat bahgian facial tu
kebetulan jugak pencuci muka dah nak abes..

Tak pasal2 abis pitis gi beli facial terbaru bird's nest dari bio-essense..Best jugak produk nih..rasa sejuk n fresh je bila sapu kat muka ni..


tak pasal2 beli sampai satu set.. (~,~")


harap muka boleh jadi cantek macam Sofia Jane ke, Erra Fazira ke, Warnina ke yerr....hahahaa


Tengok resit kat bawah nih. Niat nak beli bath foam jer asalnyer......

aiyakk..robak pitis..gaji lambat lagi nih..huhu

 Beli barang2 dah kopak pitis dapat 1 pek sarung duit raya..

dah minta lebih tp x dapat sbb cashier tu cakap 1 pek angpow untuk pembelian satu resit sahaja..
citt..abih tu takkan nak bayar sepuluh kali baru boleh dapat sarung angpow lebih??
adoiihhaaiiii


Duit rayanyerr x de ke guardian oii??
haha

Tapi guardian ni baik jugak..Diorng kasik jugak free gift. Tapi nak tahu ape??

Tada..

ubat gigi safi, okey!hahaa :D

oklah tu kan..daripada takde langsung..boleh pakai bawak balik kampung masa raya nanti..

Selain itu, nak share 1 produk untuk mata kat bawah ni pulak dibeli beberapa minggu yg lepas kat watson. Boleh ilangkan garis2 halus bawah mata. Btol ke?? sebab tu kena beli dan cuba dulu.. hihi :P
yg ni pulak dibeli masa gi watson -> Anti-wrinkel gel patches




Sunday, July 31, 2011

Rak brooch buatan sendiri

Salam semua..

Sebenarnya idea nak buat rak brooch ni dah lama tapi nak buat tu masih belum ada kesempatan. Time weekend semalam tak ada apa² aktiviti, baru mencari bahan nk buat. Nak beli tak ada kat kedai. Kalau ada pun design tak ikut spesifikasi. Ada yang lebar sangat lah, ada yang rendah sangatlah..so, kesimpulannya tak muat nak masuk kabinet..

ok, bahan² utama yang diperlukan hanyalah kotak kosong yang u all taknak pakai lagi..senang ambil penutup kertas kertas A4 sebagai base belakang nak support sebagai rak..

Untuk buat partition, ambil kotak kertas yang nipis skit or senang nak gunting.. Pakai kotak pengalas kain sutera yang lebih² pun boleh. Kalau takde pakai kotak tisu yang dah abis pon ok jer..


Bahan² lain yang diperlukan hanya gunting, gam uhu, pembaris dan pensil..


Next, potong kulit kotak yang nipis tadi (kotak kasut ke kotak belakang alas kain sutera yg dh xnk pkai ke kotak tisu atau apa² yang difikirkan sesuai  ikut kelebaran saiz para kabinet yang u all suka..

Bagi penahan para yang tegak² tu, u all potong gunting skit para yang melintang tu dan masuk celah²nya. Jangan lupa untuk letak gam skit nak kasik lekat  tak nak tercabut..


Untuk hiasan, u all letaklah riben keliling penutup kotak yg dijadikan base tu supaya kelihatan ceria dan cantik sikit :)

Tadaaa...dah siap :)


Kalau nak letak aksesori tambahan, u all boleh letak hook kat tengah² kotak tu kalau u all ada nak sangkut brooch yg panjang² lah yerr ;)


Susun laa brooch u all dalam rak² kecil tu ikut kesukaan masing..


Tengok, kan boleh jimat banyak space. Gunakan ruang yang ada dengan sepenuhnya. Selamat mencuba :)

Tuesday, May 24, 2011

Pengurusan stress

Apa itu stress?. Stress = tekanan perasaan.

Siapa yang mudah terdedah kepada stress?

1. Individu yang suka bersangka buruk
2. Kaki gaduh
3. Kerap runsing
4. Terlalu serius
5. Tidak baik dengan rakan sepejabat (dan jiran)





Punca stress pula adalah dari ;

1. Punca dalaman (hati yang kotor, ingkar)
2. Pegangan hidup yang negatif
3. Pengurusan kendiri yang lemah (selalu tidak cukup masa, banyak
kerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup
kelemahan diri)




Individu yang mengalami stress akan ;
1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa,
hampa, suka-duka bersilih ganti
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu



Selain dari itu kesan stress juga akan ;

1. Membabitkan keretakan hubungan sesama rakan sekerja / ketua /pelanggan di pejabat
2. Membabitkan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah
(konflik rumahtangga)
3. Membabitkan keretakan hubungan sesama jiran di rumah /masyarakat



Cara untuk menangani stress ;
1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Melakukan senaman
8. Bersedekah
9. Bersyukur dengan apa yang diperolehi (reda)
10. Muhasabah diri (penyucian minda - ingatkan mati, nilai semula
pegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
11. Berehat - bercuti dan bersantai
12. Selalu tersenyum

Friday, April 29, 2011

Mari bersenam

Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkan beberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda;

a) Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini.
b) Tidak pasti mengenai status kesihatan atau keadaan anda.
c) Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru-paru dan sebagainya
d) Obes atau lebih berat badan.



ANTARA KEBAIKAN SENAMAN ADALAH:

1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.
2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.
3) Mengawal berat badan.
4) Menguatkan jantung.
5) Mengurangkan tekanan jiwa.
6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.
7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.


Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.


Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda. Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;

Fasa Pertama -
Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.




Fasa Kedua -
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.





Fasa Ketiga -
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.




PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:

1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.
2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.

 
 
3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.
5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.
6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.
7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.


 bersenam di hujung minggu

Saturday, April 23, 2011

Khasiat Pisang - 1,001 khasiat , kaya pelbagai vitamin

Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.


Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.


Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

Daun pisang

# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.

# Digunakan sebagai pelindung hujan

# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

# Batang pisang

# Digunakan untuk membuat rakit.

# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang

# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Jantung pisang

# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO

# Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

# Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.

# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

# Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.


Friday, April 22, 2011

Kebaikan susu kacang soya

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.

Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga  menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.



Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot –  tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat?

 






Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya.



Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.

Tuesday, March 15, 2011

Epal Hijau

Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.


Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.

Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%. Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan. Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda..

Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi? Jom kita minum jus epal hijau. Sedap!

Bahan-bahan
>1 biji epal hijau
>2 inci saleri
>1 sudu gula pasir
>1 sudu madu
>ais batu hancur

Cara-cara
1.Epal dikupas kulit dan dipotong kecil
2.Masukkan sume bahan-bahan dalam blender dan kisar sampai halus
3.Sedia untuk diminum
*selain itu boleh jugak tambah bahan lain seperti oren dan carrot.

 sedia untuk diminum :)

Wednesday, February 23, 2011

Brooch tahan lama

Korang tau ke brooch tu aper?? bagi sesapi yg tak familiar, brooch tu dlm kate lain adalah kerongsang..Byk yg dijual semua cantik2 kat kedai.tak kesahlah brooch yg kita beli tu murah tapi asalkan cantik kan. Macam mana nak jaga brooch ni supaya tahan lama? Tips ini adik aku yg bgtau..dulu aku dah penah dengar tapi tak praktikkan pun.. brooch tercabut batu, trus buang.tak pun amik dari batu yg dh terjatuh pastu lekatkan pakai gam uhu.. tapi tak berkilat laaa. So, kebetulan aku tgh free smalam, aku guna nail polish lebihan yg adik aku sapu kat brooch dia.

 harga sebotol tak pasti.tapi tak sampai rm5 pon..

sapu kat brooch

sapu lagi kat semua brooch yg ada

 upucara keringkan brooch yg telah disapu dgn nail polish


hasilnya brooch tu aku lebih nampak berkilat dan tahan lama.. batu permata pun tahan dan tak mudah terjatuh.. selamat mencuba yer :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...