TIDAK MEMILIKI ‘CLEAR EXPECTATIONS’ DARI HARAPAN ANDA SENDIRI
Banyak masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh harapan bakal pengantin yang saling bertentangan. Anda tidak tahu jumlah pilihan dan keputusan yang anda perlu buat, tambahan pula dengan ada yang mencampur adukkannya dengan gejolak emosional. Cuba pisahkan di antara fantasi dan realiti kerana ianya akan membantu mengurangkan banyak sumber masalah dan merupakan kunci untuk mendefinasikan harapan anda sendiri.
Sebelum anda mula membuat sebarang perancangan serta memutuskan apa yang sebenarnya penting bagi anda… buatlah seberapa banyak bacaan yang anda mampu tentang perkahwinan dan kemudian berusaha untuk asingkan fantasi dari kenyataan dan situasi anda…
Putuskan apa keutamaan anda, apa tolak ansur yang berpotensi, dan apa yang membuang masa serta tenaga anda. Tindakan ini akan membantu dalam membuat perancangan perkahwinan serta budget anda lebih teratur. Ianya juga akan membantu dalam hubungan komunikasi yang lebih berkesan sesama ahli keluarga, perancang perkahwinan dan akhirnya, menjimatkan masa, stress dan wang.
TIDAK MELETAKKAN BUDGET REALISTIK
Masalah yang berkaitan dengan wang biasanya adalah penyebab stress lebih dari apapun dalam proses perancangan perkahwinan. Perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan, adalah dengan menetapkan anggaran budget yang realistik dan mematuhinya.
Kebanyakkan pengantin menjadi begitu tertekan dengan kos perkahwinan hingga menyebabkan mereka kehilangan rasa seronok menjelang tibanya waktu majlis.. Jangan biarkan wang menghancurkan apa yang sepatutnya menjadi salah satu pengalaman yang paling indah serta menyeronokkan bagi anda dan keluarga anda. Tetapkan budget anda mengikut kemampuan dan pastikan anda mengikutinya.
Dengan adanya ‘budget’.. anda akan dapat menetapkan pelan tindakan yang akan menyelamatkan diri dari stress dan memberi anda kebebasan menjadi fleksibel untuk perkara yang paling penting bagi anda.
Kebanyakkan bakal pengantin tidak mempunyai panduan apakah kos yang akan termasuk di sepanjang perancangan perkahwinan. Maka, untuk menetapkan ‘budget’ anda.. buatlah satu rumusan serta gambaran semua kos yang dijangkakan.. Cth : Budget untuk hantaran, hadiah untuk tetamu, pelamin, kek dan sebagainya… Lakukan beberapa panggilan untuk mengumpul maklumat anda. Kebanyakkan ‘Perancang Perkahwinan’ dengan senang hati akan memberi anda beberapa anggaran melalui telefon.
Setelah mengumpul maklumat anda, tentukan apa yang paling penting bagi anda. Bincang dan putuskan formaliti majlis anda, budget, serta siapa yang akan bertanggungjawab untuk apa. Ini akan membantu mengelakkan dari salah faham di kemudian hari.
2 comments:
kawin da ke? :P
sharing is caring :D
Post a Comment