Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Bajet Perkahwinan Perempuan




Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan anda dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.

Pra-perkahwinan:

Kursus perkahwinan
RM
Kad jemputan
RM
Setem
RM
Cincin kahwin
RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
RM
Tempat penginapan untuk rombongan
RM


Barangan Hantaran:
Sirih junjung
RM
Potpourri
RM
Al-Quran
RM
Sejadah
RM
Samping
RM
Songkok
RM
Kain pelekat
RM
Baju Melayu
RM
Tuala
RM
Kasut
RM
Jam
RM
Satu set penjagaan diri
RM
Kek
RM
Pulut kuning
RM
Puding
RM
Cokelat
RM
Buah-buahan
RM


Juruandam:
Pelamin
RM
Baju songket
RM
Bunga pegang
RM
Bunga pahar
RM
Bunga telur/cenderahati tetamu
RM
Jurusolek
RM
Baju persalinan
RM
Hiasan bilik tidur
RM
Pintu gerbang
RM
Barangan hantaran
RM
Hiasan hantaran
RM
Solekan pengapit dan flower girls
RM


Abadikan memori:
Videografi yang siap disunting
RM
Jurugambar
RM


Kanopi:
Kanopi
RM
Kerusi dan meja
RM
Alas meja
RM
Kipas siling
RM
Lampu
RM
Upah pekerja
RM


Hotel atau taman:
Kerusi dan meja
RM
Menu
RM
Penyambut tetamu
RM
Pengiring
RM


Makan beradap:
Set meja pengantin
RM
Kerusi dan Meja
RM
Alas meja
RM
Skirting
RM
Scallop
RM
Kerusi banquet
RM
Bunga bouquet
RM
Lauk pengantin
RM
Penanggah
RM


Katering:
Nasi dan lauk pilihan
RM
Buah-buahan
RM
Air (kordial)
RM


Hiburan:
Kompang
RM
Silat pengantin
RM
Cak lempong
RM
Kumpulan marhaban/berzanji
RM


Sistem PA:
Satu set sistem PA
RM
DJ / MC
RM


Bulan Madu:
Percutian
RM          

Jumlah perbelanjaan
RM

Monday, October 3, 2011

Pameran pelamin 2011

Baru ni berkesempatan pergi 2 pameran pengantin kat JB. Satu kat Persada Johor dan satu lagi kat Plaza Angsana, JB..banyak gak pilihan dan harganya pakejnya hurmmmm boleh tahan...

pelamin merah putih

huge dais

pelamin putih bersih
nampak suci gitu..sesuai untuk pelamin nikah

pelamin simple puith, pink @ english garden


pelamin hijau patel, pink, putih


Pelamin merah putih..simple n smart..

ni pameran pengatin kat plaza angsana pulak


pelamin tema arab

red hot dais..i'm loving it
so elegant

sophisticated dais.. 

nampak exclusive pelamin ni kan

ni pelamin tema bunga sakura kot..huhu..cantik jugak kan
suka jugak pelamin ni...so sweet! :D

semua pelamin cantik2.. rambang mata dibuatnya..macam2 pakej ada..tapi xtau nak pilih yang mana satu..

Friday, September 16, 2011

SEPULUH KESALAHAN PALING UMUM DALAM PERANCANGAN PERKAHWINAN DAN CARA MENGELAKKANNYA!


TIDAK MEMILIKI ‘CLEAR EXPECTATIONS’ DARI HARAPAN ANDA SENDIRI
Banyak masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh harapan bakal pengantin yang saling bertentangan. Anda tidak tahu jumlah pilihan dan keputusan yang anda perlu buat, tambahan pula dengan ada yang mencampur adukkannya dengan gejolak emosional. Cuba pisahkan di antara fantasi dan realiti kerana ianya akan membantu mengurangkan banyak sumber masalah dan merupakan kunci untuk mendefinasikan harapan anda sendiri.
Sebelum anda mula membuat sebarang perancangan serta memutuskan apa yang sebenarnya penting bagi anda… buatlah seberapa banyak bacaan yang anda mampu tentang perkahwinan dan kemudian berusaha untuk asingkan fantasi dari kenyataan dan situasi anda…
Putuskan apa keutamaan anda, apa tolak ansur yang berpotensi, dan apa yang membuang masa serta tenaga anda. Tindakan ini akan membantu dalam membuat perancangan perkahwinan serta budget anda lebih teratur. Ianya juga akan membantu dalam hubungan komunikasi yang lebih berkesan sesama ahli keluarga, perancang perkahwinan dan akhirnya, menjimatkan masa, stress dan wang.

TIDAK MELETAKKAN BUDGET  REALISTIK

Masalah yang berkaitan dengan wang biasanya adalah penyebab stress lebih dari apapun dalam proses perancangan perkahwinan. Perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan, adalah dengan menetapkan anggaran budget yang realistik dan mematuhinya.


Kebanyakkan pengantin menjadi begitu tertekan dengan kos perkahwinan hingga menyebabkan mereka kehilangan rasa seronok menjelang tibanya waktu majlis.. Jangan biarkan wang menghancurkan apa yang sepatutnya menjadi salah satu pengalaman yang paling indah serta menyeronokkan bagi anda dan keluarga anda. Tetapkan budget anda mengikut kemampuan dan pastikan anda mengikutinya.

Dengan adanya ‘budget’..  anda akan dapat menetapkan pelan tindakan yang akan menyelamatkan diri dari stress dan memberi anda kebebasan menjadi fleksibel untuk perkara yang paling penting bagi anda.

Kebanyakkan bakal pengantin tidak mempunyai panduan apakah kos yang akan termasuk di sepanjang perancangan perkahwinan. Maka, untuk menetapkan ‘budget’ anda.. buatlah satu rumusan serta gambaran semua kos yang dijangkakan.. Cth : Budget untuk hantaran, hadiah untuk tetamu, pelamin, kek dan sebagainya… Lakukan beberapa panggilan untuk mengumpul maklumat anda. Kebanyakkan ‘Perancang Perkahwinan’ dengan senang hati akan memberi anda beberapa anggaran melalui telefon.

Setelah mengumpul maklumat anda, tentukan apa yang paling penting bagi anda. Bincang dan putuskan formaliti majlis anda, budget, serta siapa yang akan bertanggungjawab untuk apa. Ini akan membantu mengelakkan dari salah faham di kemudian hari.

Monday, September 5, 2011

yang tersirat di sebalik akad nikah

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ? Nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.”
giler seram bacanyerr..huhuuu

Sunday, September 4, 2011

tema kahwin kuning ungu guna fresh flower

Musim raya dah jadi trend salah satu musim orang kahwin selain musim cuti sekolah

Aritu sempat pergi keduri kahwin adik ahkak opis

cantik pelaminnyerr..ada kelasss gitu..
tema warna ungu n kuning (100% fresh flower)
sedap mata memandang
fresh je bau bila masuk rumah



hand flower

hantaran untuk pihak perempuan

hantaran untuk lelaki


bilik pengantin

gamba kenangan depan pelamin

Friday, June 10, 2011

CHECKLIST BAJET PERKAHWINAN BAGI BAKAL PENGANTIN BARU

Checklist ni boleh digunakan sebagai panduan kepada semua bakal pengantin di luar sana untuk buat persediaan bagi perkahwinan mereka.

Terjumpa checklist ni masa tengah surf internet. Mana tau boleh digunakan pakai untuk bakal pengantin baru macam i nih. berdebar2 tau tak..huhu

BIL PERKARA BAJET (RM)
1 Yuran kursus pra perkahwinan
2 Cincin tunang
3 Cincin kahwin
4 Barang kemas
5 Wang mas kahwin
6 Wang upah kadi
7 Kad jemputan kahwin
8 Setem untuk pos kad jemputan
9 Wang hantaran
10 Sirih junjung
11 Kain ela
12 Baju kurung
13 Telekung & Sejadah
14 Senaskah Al – Quran
15 Beg tangan
16 Kasut
17 Jam tangan
18 Set penjagaan badan
19 Set alat solek
20 Kek
21 Buah-buahan
22 Coklat
23 Potpurri
24 Gubahan barang hantaran termasuk upah
25 Hiasan bilik tidur
26 Pelamin
27 Bunga telur
28 Bunga pahar
29 Gambar & upah jurugambar
30 Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31 Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32 Set makan beradap
33 Penanggah
34 Katering
35 Upah kumpulan kompang
36 Upah DJ
37 Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38 Kos tempat penginapan
39 Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40 Upah juruandam


Jumlah keseluruhan : RM ___________________

Korang rasa ada apa-apa lagi yang tertinggal lagi tak dalam checklist ni??

Monday, June 6, 2011

kahwin tema ungu

Tengahari tadi sempat ke kenduri kahwin member
musim cuti sekolah memang dah jadi trend orang kahwin 
tak kiralah hari bekerja atau tidak

Apa2 pun, Selamat Pengantin Baru Nadia & Suami
semoga kekal bahagia hingga ke syurga



hantaran untuk pihak perempuan



pelamin purple putih yang simple n sweet
i like it :)



souvenir untuk tetamu..siap ada cop nama pengantin lagi tu


bahagian belakang souvenir


Tuesday, March 22, 2011

Cuti sekolah adalah musim kahwin

Masa cuti sekolah baru ni sempat pergi 2 kenduri kahwin ..Nak pergi semua jemputan tak larat. Memandangkan pula musim hujan kat sini sekarang. Sambil2 tu, sempatlah snap sikit gambar2 pelamin diorng..

Kenduri pertama, adik staff ofis..tema merah putih..
 

 pengantin lelaki stil belum sampai lagi masa ni

 hantaran untuk pihak lelaki

meja untuk makan beradap


Kenduri kedua, anak staf kat ofis pula..tema pink putih..

 pelamin pink yang simple



pengantin perempuan tu anak my staff


Selamat pengantin baru kepada semua yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan mendapat zuriat yg soleh dan solehah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...