Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Jom try buat kuih butir nangka sendiri.. (mudah ajerrr)

Salam 23 Ramadhan...

Ok, kuih onde² dah buat, kuih puteri mandi dah buat.....
Jom try buat kuih butir nangka pulak..
Buat sendiri jer..mudah, senang dan simple je..

Mesti ramai yang tertanya macam mana rupa kuih butir nangka tu??
Sebab kat bazar rasanya takde jual kut
Kalau ada pun mesti susahnyer nak cari..

Dulu nenek selalu buatkan..
skrang dah besar dah pandai buat sendiri :)

Inilah rupanya kuih butir nangka tu..

hasil air tanganku..kuih butir nangka :)

Macam mana nak buat??

Senang jer..

Bahan² yag diperlukan.......

1) Tepung pulut 500 gram
2) Tepung gandum lebih kurang 50 gram
3) Sedikit kapur sireh( 1-2 cubit jer)

Kemudian, campur adunan td dgn sedikit air....

4) Kalau dengan sedikit pewarna (kalau suka laa) untuk kelihatan ceria skit..

5) Sambung uli hingga adunan td sebati dan rata warnanya..


6) Dah sebati adunan td, then start laa gentel bujur² kecik mcm sebesar biji buah nangka tu


 Untuk adunan tadi, bilangan kuih butir nangka yang dapat disediakan adalah sebanyak ini

boleh dihidangkan untuk 6 orang makan

7) Untuk buat kuah, bahan² yang diperlukan...

santan

gula melaka
Panaskan periuk, masukkan santan

Kemudian, letak gula melaka tadi.Campurkan secubit garam dan seulas bawang putih yang ditumbuk hancur.
Letak beberapa helai daun pandan untuk kasi wangi :)


Masukkan kuih butir nangka ke dalam periuk.Tunggu sehingga menggelegak dan bila tengok kuih tu dah timbul, makanya kuih butir nangka tu dah masak.. Dah boleh siap untuk dihidangkan......


Selamat mencuba yerr :D

Thursday, August 18, 2011

Jom buat kuih onde-onde dan kuih puteri mandi sendiri

Salam Ramadhan semua...

Hari ni dah masuk hari yang ke-18 berpuasa
banyak resepi dah keluar tunjuk kepakaran memasak di dapur kan
Mesti banyakkan lauk-pauk yang u all dah masak?

Sambil² tu pemanis mulut juga turut kita sediakan sebagai pelangkap menu
Tengok kat bazar Ramadhan harga kuih-muih makin naik tahun makin naik harganya..
Sampailah terdetik rasa nak buat sendiri je kuih kat rumah

Dengan bermodalkan tak sampai rm5 untuk beli tepung, kita dah jimat berpuluh² hengget dh kat situ
bayangkan harga kuih RM1 = 6 biji
kalau buat sendiri, kos tepung pulut RM 2 je..tapi boleh buat banyak

So, semalam dengan bantuan auntie n adik i sama² buat kuih onde² n puteri mandi
seronok kalau ramai² ada kat dapur kan :D

Dan lihatlah hasilnyaaa...

Tada.........
Puteri mandi
Onde-onde @ Buah melaka

Terliur tengok kan..tambah² lagi tgk time tghari bulan puasa nih..

Nak resepi? Oh mudah ajer...

Adunan nak buat kuih puteri mandi dan onde² boleh guna sama jer yerr akak²,adik²..

1) Tepung pulut 500 gram
2) Tepung gandum sikit aje.. lebih kurang 3-4 sudu besar (untuk kasik adunan keras skit)
3) Kapur sireh sikit - uli sekali dengan adunan tadi
4) Pewarna hijau sikit untuk kasi warna hijau
5) Gula melaka (org tganu n kelantan sebut manisan) - dipotong dadu kecik²
6) Kelapa parut yang baru dan fresh

Then, uli adunan tadi sampai rata..

Adunan yg telah siap diuli sehingga rata
Untuk kuih puteri mandi - Gentel bulat² dan penyekkan skit dibahagian tengah

Ini yerr doh kuih puteri mandi yang telah siap digentel


Untuk kuih onde² - Gentel bulat² dan masukkan gula melaka yg dipotong dadu kedalamnya dan getel bulat² sekali lagi


Ok, dah siap semunya, rebuskan air dalam periuk. Tunggu sehingga menggelegak..

Sudah tu masukkan adunan kuih tadi satu per satu...Dan tunggu sehingga timbul..kalau belum timbul maknanya belum masak lah tu..

Peringatan: Kalau u all pakai tepung gandum 100% tanpa campur tepung pulut,  memang kuih tu takkan timbul! alamatnya akan dihumban ke dalam tong sampah sebab kuih jadi keras!(nasihat sbb dah ada pengalaman!hahaaaa)

Dah semua timbul tu, untuk kuih onde², golekkan kuih tadi dalam kelapa parut


Untuk kuih puteri mandi pulak, dah timbul semua kuih tadi, sejukkan dalam air sejuk. Sementara tu, panaskan kuali. Then, masukkan air dan gula melaka tadi. Next campur sikit kelapa parut ke dalam kuali tu. Dah nampak masak, masukkan adunan kuih tadi dan gaul sehingga rata....

*Gambar proses² kerja tu tak dapat nak ambil sebbab sibuk prepare makanan lain utk berbuka puasa..

Ada juga kuih tambahan semalam untuk berbuka puasa..

Nak tahu apa??

Donut big apple! Yeayy! my favourite :)
Tak larat nak makan after berbuka



Sambung makan selepas terawih semalam..uiiii...yummmy!!
My favourite!!!

Sunday, August 7, 2011

Resipi kek batik yang simple dan mudah

Hi u all...

Kek batik ni one of my favourite dessert. Sangat senang juga nak buat..

Bahan² yang diperlukan:-

    • biskut marrie
    • 6 sudu milo
    • 1 bar coklat masakan/serbuk koko
    • 1 biji telur (pilihan. taknak letak pun takpe)
    • 2 sudu majerin/butter
    • kalau nak letak 2-3 sudu susu pekat/gula pun boleh. Tapi i tak letak sebab coklat/milo tadi dah cukup manis (terpulang kepada masing²)

Cara² nak buat:-

1. Panaskan dan cairkan majerin dalam kuali/periuk

2. Masukkan coklat masakan ke dalam periuk tadi dan gaul bersama

3. Kemudian angkat dan sejukkan acuan tadi


4. Patahkan biskut marrie kepada empat bahagian


5. Then, sementara tu sapu majerin dan letakkan kertas kosong(taknak kasik melekat pada loyang supaya senang nak basuh). Kalau takde loyang, pakai tupperware pun boleh.



6. Gaul bersama adunan coklat dan biskut marrie yang dah dipatahkan tadi bersama sehingga rata dan masukkan ke dalam loyang.  




7. Padatkan adunan tadi dan potong kertas yang lebih supaya kelihatan lebih kemas


8. Next, letak dalam peti ais 1-2 jam. Tunggu sehingga nampak kek batik ni beku + keras + mampat

9. Lastly, dah nampak kek batik tadi dah pejal elok, bolehlah keluarkan dan potong untuk dihidangkan...

Tadaaa...

Dah siap..kek batik hasil air tanganku ;)
 
p/s: kepada sesiapa nak tempah, jangan malu² bgtau yer :)


Selamat mencuba kawan²....


Bubur jagung

Salam semua..

Nak buat bubur jagung ni senang jer kawan²..
Semua bahan² ada jual kat pasaraya/supermarket berhampiran u all

Bahan² yang diperlukan:-

1) Susu cair/nak ganti dgn santan pun boleh
2) Jagung dalam tin
3) Gula
4) Daun pandan
5) Sagu (pilihan jika nak tambah sekali)


Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau. Tunggu sehingga mendidih dan rasa...


Tadaa...dah siap..senang jer kan.


Boleh dimakan masa minum petang atau sebagai pemanis mulut terutamanya selepas berbuka puasa..Selamat mencuba ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...