Friday, March 18, 2011

Setuju bayar balik tiket flight

Berita baik kepada yang dah beli tiket ke Jepun pada 11 Mac hingga 15 April 2011 sahaja...

Ekoran daripada bencana tsunami dan gempa bumi yg dah berlaku di Jepun pada 11 Mac 200 lalu, agensi pelancongan dan syarikat penerbangan bersetuju membenarkan penangguhan perjalanan dan memulangkan semula wang pelanggan yang membatalkan hasrat melancong ke Jepun.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata hanya mereka dijadualkan melawat negara itu antara 11 Mac hingga 15 April ini saja dibenar berbuat demikian.

Selain itu juga, penerbangan Malaysia (MAS) bersetuju membatalkan tiket penerbangan ke Jepun melalui Tokyo yang dikeluarkan sebelum 11 Mac sehingga 15 April ini tanpa penalti.

So, kepada sesiapa atau ada sedara mara,kawan2 yang terlibat bolehlah sampaikan maklumat ini kepada mereka untuk claim semula duit diorng...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...