i paling tak suka kalau orang tanya, "bila nak kahwin?"/"bila nak makan nasi minyak"???
Antara jawapan cliche yg i akan beri...
v
v
v
v
- Insya Allah, kalau takde apa2 aral, dd.mm.yyyy...doakanlah yer..nanti i kasi kad...
- U sponsor la..mesti i terus kahwin!minggu depan jgk i wat kenduri! ahahaha *sambil teruskan gelak yg sakit hati sebenarnya*
- Tengah kumpul duit..i kan baru keje......nak tolong mak ayah dulu...adik bradik semenya sekolah lagi..
- Mana bole langkah bendul..tunggu abg kandung i sendiri pun belum kawin lg. ikut turn la... *sambung gelak sakit hati lagi*
Dan antara jawapan diorng pula:-
- Kan dah ada calon, nape tunggu lama2?tak elok......
- Kan pakai duit lelaki...wat apa nak pakai duit kita?
- org pempuan tak elok kawin lambat2...kang susah bla bla bla
So, ni ulasan yang i nak buat. nak sound, kesian takut org tu trauma menangis tak berlagu plak..dikatanya i mcm2 plak..my answers:-
- suka hati i lah nak kawin bila2 pun. uols jadi susah ke kalau i tak kawin lg?
- kalau uols kasi 1 million, confirm i wat kenduri kahwin tros. kalah anak raja..jd wedding of the year.takut uols jgn jeles plak!hahaha
- yang bertanya tu, bila diri sendiri ke anak u or adik bradik sendiri nak kahwin plak? busybody nak amik tau pasal i bila nak kahwin?
- come on la, ni zaman moden, wanita berkarier semuanya. bukan mcm zaman mak bapak kita dulu. umur mcm i skng diorng dah ada anak 2-3 orng. (umur i baru 26 ok.ramai lg wanita umur lebih drpd i yg belum kawin lg..so bole rilex lg..kerna i still muda!hahahahaaa *gelak jahat*)
- zaman sekarang ni semua nak pakai duit. tipulah kata wat kecik2 xpkai duit. kat kampung pun sampai belanja rm8k-10k even wat kecik2 pun. kalau ada mak bapak yg kaya raya dan sanggup sponsor baguslah. dah nasib badan..kahwin harapkan duit mak ayah bolehlah..cuba pakai duit sendiri..bagi yang baru keje, brapa sangatlah yg baru nk kumpul..harapkan duit lelaki seorang cukup ke? atau i yg materialistik??
- kahwin kalau buat personal loan dgn bank..berbaloi ke? kalau nk grand sgt sila lah..terpulang pada kemampuan masing2.. nk bayar tiap2 bulan tu hak masing2.sendiri yang bayar.tak perlu nak persoalkan ..kecuali org tu minta duit u..
wah..panjang pula i membebel..so the conclusion is, i belum gatal lagi la sampai DESPERATE sgt nak tak sabar nak kahwin..memang i nak kahwin..sapa yg tak nak kahwin..sedangkan ada sesetengah org lelaki pun tak cukup nak kahwin lebih drpd satu (Nauzubillah, minta jauh dpt suami gitu)..
Adalah tu sebabnya. tak perlu nak reveal semua benda kat org.. Apa2pun doakan i sentiasa murah rezeki selalu dan cepat mendirikan rumah tangga dgn pasangan pilihanku ini..thanks semua yg mendoakan yg baik2 utk i :)
nanti bila dah kawin pula, mesti org tanya, bila nak dpt baby? bila dh ada sorang anak, org akan tanya, bila nak tambah anak lg?kalau dah ada anak pempuan sorang, org confirm akan tanya, bila nk kasik adik?baby boy lah pulak..sepasang..bla bla bla...
aiyoyo...mmg soalan takkan habis sampai bila2...apa yg mampu kita berdoa minta dgn Allah.. kerna semua rezeki itu datang drpd Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.......
* lama betul tak tengok cerita Desperate Housewives nih..dah sampai season 7.. Last tgk sampai series 4 je..dah takde masa nak download..nk tgk pun balik keje dah letih.....tgk jelah preview skit2 kat youtube nih..Layannnnnnnn :P
*entry ni dituju kpd yg suka byk tanya bila i nak kawin.amik ko panjang berjela jawapannya. ahaks!
No comments:
Post a Comment