Sunday, June 12, 2011

Terengganu juara Piala FA

Tahniah! Terengganu menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 selepas permainan berlarutan dalam masa tambahan.

Perlawanan sebelum itu terikat 1-1 dengan Kelantan mendahului menerusi gol Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.


Bangga jadi rakyat Terengganu :))

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...