Tuesday, August 9, 2011

BROOCH(KERONGSANG) RAYA FOR SALE :)

Mari adik²..kakak²
jom cuci mata jap..hehe

ada barang baik nak tunjuk kat u all
brooch @ kerongsang cantik, unik, elegant
lain daripada yang lain
latest design nih

01

02

03

04 - SOLD OUT

05 - SOLD OUT

06

07 - SOLD OUT

08

09

10

11 - SOLD OUT

12 - SOLD OUT
13 - SOLD OUT

yang ni bukan untuk dijual yer..model brooch jer nih yerrr :D

Harga brooch di atas just RM20.00 each including postage
sesiapa yang berminat sila begitau yer 

Terima kasih :D



Monday, August 8, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

Berita baik! berita baik!! khas untuk government servant :D


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.


Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA 

 

source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bonussetengahbulanuntukpenjawatawam_RM500untukpesara/Article

Reminder: gamba duit di atas hanyalah hiasan blog semata2. sumber gamba hanyalah di google di internet sahaja..hahaha


Alhamdulillah..dapat buat belanja raya..Terima kasih kerajaan Malaysia :D

Thank you Nuffnang!

Hello my lovely readers...

Hari ni i nak buat special post for nuffnang
*promote nuffnang nih*


sape nuffnang??
lawyer?doktor??majistret??
oh, bukan sama sekali..

nuffnang ni komuniti pengiklanan blog lah
(NI BAGI SESIAPA YG BELUM TAHU LAA K)
for detail, please visit http://www.nuffnang.com.my/

btw,i punyer earning belumlah sampai beratus² RM lagi
follower pun sikit jer baru

blog ni baru jer nak bertatih
first time i start blogging since August 2010 until now
then i pakai nuffnang as my advertorial

dari mula² baca blog org lain
sampai terbaca ada entry yg tulis pasal nuffnang
so ape lagi, i pun create blog sendiri laa
boleh buat side income kan
mana tahu kali ni boleh buat duit raya daripada nuffnang kan...hua hua hua


Alhamdulillah..at least ada daripada takde kan? kan?kan??hehe


kalau ada masa tu u all tolonglah klik iklan kat blog ni yerrr 
*heeee..tak malu;P

Apa lagi, u all tolonglah klik, klik, klik kat iklan nuffnang dalam blog nih :)
Thanksss korang :D


p/s: nuffnang taknak kasik bonus raya ke tahun nih?hihihiii

Sunday, August 7, 2011

Kenyataan Rasmi Daripada Simply Siti Berkenaan Berus Yang Dikatakan Daripada Bulu Babi

Berikut merupakan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Pahang mengenai berus Simply Siti yang dikatakan mengunakan bulu babi. 


Sila pastikan anda baca sampai habis sebab ada kenyataan daripada Simply Siti berkaitan isu ini.

surat haram simply siti
Sebenarnya bukan berus Simply Siti tidak menggunakan bulu babi tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang. Namun anda tak perlu risau kerana proses penyamakan telah dilakukan dengan sempurna.
surat haram simply siti
Di bawah ini ialah kenyataan penuh daripada pihak Simply Siti berkaitan isu ini:-
Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.
Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam.
Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut
BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.
Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.
SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011
So kepada pengguna-pengguna produk Simply Siti, don’t worry be happy sebab anda semua bebas daripada apa-apa produk berasaskan babi. Tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza yang pantas dan cekap membuat kenyataan rasmi berkaitan isu ini. Semoga di masa hadapan akan lebih berhati-hati.

sumber artikel: http://beautifulnara.com/

Resipi kek batik yang simple dan mudah

Hi u all...

Kek batik ni one of my favourite dessert. Sangat senang juga nak buat..

Bahan² yang diperlukan:-

    • biskut marrie
    • 6 sudu milo
    • 1 bar coklat masakan/serbuk koko
    • 1 biji telur (pilihan. taknak letak pun takpe)
    • 2 sudu majerin/butter
    • kalau nak letak 2-3 sudu susu pekat/gula pun boleh. Tapi i tak letak sebab coklat/milo tadi dah cukup manis (terpulang kepada masing²)

Cara² nak buat:-

1. Panaskan dan cairkan majerin dalam kuali/periuk

2. Masukkan coklat masakan ke dalam periuk tadi dan gaul bersama

3. Kemudian angkat dan sejukkan acuan tadi


4. Patahkan biskut marrie kepada empat bahagian


5. Then, sementara tu sapu majerin dan letakkan kertas kosong(taknak kasik melekat pada loyang supaya senang nak basuh). Kalau takde loyang, pakai tupperware pun boleh.



6. Gaul bersama adunan coklat dan biskut marrie yang dah dipatahkan tadi bersama sehingga rata dan masukkan ke dalam loyang.  




7. Padatkan adunan tadi dan potong kertas yang lebih supaya kelihatan lebih kemas


8. Next, letak dalam peti ais 1-2 jam. Tunggu sehingga nampak kek batik ni beku + keras + mampat

9. Lastly, dah nampak kek batik tadi dah pejal elok, bolehlah keluarkan dan potong untuk dihidangkan...

Tadaaa...

Dah siap..kek batik hasil air tanganku ;)
 
p/s: kepada sesiapa nak tempah, jangan malu² bgtau yer :)


Selamat mencuba kawan²....


Bubur jagung

Salam semua..

Nak buat bubur jagung ni senang jer kawan²..
Semua bahan² ada jual kat pasaraya/supermarket berhampiran u all

Bahan² yang diperlukan:-

1) Susu cair/nak ganti dgn santan pun boleh
2) Jagung dalam tin
3) Gula
4) Daun pandan
5) Sagu (pilihan jika nak tambah sekali)


Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau. Tunggu sehingga mendidih dan rasa...


Tadaa...dah siap..senang jer kan.


Boleh dimakan masa minum petang atau sebagai pemanis mulut terutamanya selepas berbuka puasa..Selamat mencuba ;)

Saturday, August 6, 2011

Things to let go~~

Baru je lepas kemas bilik. Makin banyak baju since dah berkejaya nih.. n ada baju yang masih elok tapi dah start fit..nak buang sayang coz baju2 ni cantik lagi....kalau u all nak, just bagitau ok..just RM15.00 each including postage ;)

1) Blouse for Arcadia (size M)

front
back

2) Blouse from Scarlet (Size M)

i) white floral
front   
back   

  ii) red floral 


front


back
3) Blue black sweater (free size)






4) T-shirt (free size)
i) white red girl


ii) Pinky t-hirt (never wear)





5) White soft pink blouse (free size). U can wear with inner :)


6) Pinky blouse



7) Long black skirt




If u're interested, just inform me ok? :)

Jangan bangga...

Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH

Jgn bangga dgn rumah cantik dan besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR

Jgn bangga dgn baju bagus kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN

Jgn bangga dgn kereta & motor besar ,krn kendaraan kita yg terakhir = KERANDA

[We are NOTHING but Allah is EVERYTHING] @_@
 

Friday, August 5, 2011

Puasa di bulan Ranadhan

Bismillahirrahmanirrahim…

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Pengertian Puasa
 
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
 
Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
 
Rukun Puasa
  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
 
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
 
Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Wednesday, August 3, 2011

Khairul Fahmi(Apex) dan Elia nekad putus tali pertunangan??

Rasa simpati sangat dengan mereka berdua ni. Especially kat elia..Sabarlah yer dik.. Rasanya baru sebulan lebih diorng mengikat tali pertunangan. Mungkin ada hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku..


Ikuti petikan keratan akhbar di bawah:-


KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, tetap meneruskan hasrat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.


Malah, dia yang lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakan pasukan Red Warriors, mengakui mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya dan turut memaklumkan hasratnya itu kepada Elia.


“Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu. 

“Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan tindakannya memutuskan pertunangan dengan Elia seperti dilaporkan sebuah akhbar tabloid Ahad lalu. 

Berikutan isu itu, ibu Khairul Fahmi, Bidah Ibrahim, 53, menganggap anaknya tidak ada jodoh bersama Elia. 
Mengulas lanjut perkara itu, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tindakan memutuskan pertunangan dengan Elia kerana faktor orang ketiga seperti dakwaan pelbagai laman web dan blog tempatan. 

Beliau berkata, ketika urusan penyerahan cincin itu dilakukan kepada keluarga Elia, dia berada di Slovakia bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik dan selepas itu melakukan persediaan saingan Piala Malaysia September ini. 

Katanya, isu putus tunang itu tidak menjejaskan tumpuannya bagi persiapan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik negara serta pasukan Red Warriors, malah sempat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan bersama keluarga sebelum berlepas ke Slovakia, Rabu ini. 



Gambar Apex bersama parents dia. Gambar kecil: Elia (tunang apek)


sumber artikel: http://www.bharian.com.my


Harap berita ini hanyalah gosip semata-mata dan sama2 kita doakan agar hubungan mereka kembali pulih seperti sedia kala..Amin..

To elia: walaupun ahkak tak kenal adik, be strong ok. banyakkan berdoa dan sembahyang hajat. mana tau dalam bulan ramadhan yang mulia ni, Allah makbulkan permintaan adik..


Ikuti blog elia di http://jejariruncing.blogspot.com



Tuesday, August 2, 2011

Doaku buat kekasih

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin...




Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Yang singkat itu "WAKTU"
Yang dekat itu "TEMAN"
Yang besar itu "NAFSU"
Yang berat itu "AMANAH"
Yang SANGAT sulit itu "IKHLAS"
Yang mudah itu "BERBUAT DOSA"
Yang abadi itu "AMAL KEBAJIKAN"
Yang akan disiasat itu "AMAL PERBUATAN"
Yang akan diaudit itu "APA YANG KITA MILIKI"

Tetapi, yang terindah itu, jika kita mahu dan boleh "SALING MEMAAFKAN" ..

Bersihkan hati dan sucikan diri sempena BULAN RAMADHAN

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Mohon Maaf Zahir & Batin.....



Sunday, July 31, 2011

Stay positive

Hi uols..

Just wanna share with u guys about a picture i found in da internet :)


No matter what happen in relationship life. Happy or sad, Up or down, just be grateful to Allah. Then, we will satisfy and appreciate to whatever life we have... muahhhss :)

Rak brooch buatan sendiri

Salam semua..

Sebenarnya idea nak buat rak brooch ni dah lama tapi nak buat tu masih belum ada kesempatan. Time weekend semalam tak ada apa² aktiviti, baru mencari bahan nk buat. Nak beli tak ada kat kedai. Kalau ada pun design tak ikut spesifikasi. Ada yang lebar sangat lah, ada yang rendah sangatlah..so, kesimpulannya tak muat nak masuk kabinet..

ok, bahan² utama yang diperlukan hanyalah kotak kosong yang u all taknak pakai lagi..senang ambil penutup kertas kertas A4 sebagai base belakang nak support sebagai rak..

Untuk buat partition, ambil kotak kertas yang nipis skit or senang nak gunting.. Pakai kotak pengalas kain sutera yang lebih² pun boleh. Kalau takde pakai kotak tisu yang dah abis pon ok jer..


Bahan² lain yang diperlukan hanya gunting, gam uhu, pembaris dan pensil..


Next, potong kulit kotak yang nipis tadi (kotak kasut ke kotak belakang alas kain sutera yg dh xnk pkai ke kotak tisu atau apa² yang difikirkan sesuai  ikut kelebaran saiz para kabinet yang u all suka..

Bagi penahan para yang tegak² tu, u all potong gunting skit para yang melintang tu dan masuk celah²nya. Jangan lupa untuk letak gam skit nak kasik lekat  tak nak tercabut..


Untuk hiasan, u all letaklah riben keliling penutup kotak yg dijadikan base tu supaya kelihatan ceria dan cantik sikit :)

Tadaaa...dah siap :)


Kalau nak letak aksesori tambahan, u all boleh letak hook kat tengah² kotak tu kalau u all ada nak sangkut brooch yg panjang² lah yerr ;)


Susun laa brooch u all dalam rak² kecil tu ikut kesukaan masing..


Tengok, kan boleh jimat banyak space. Gunakan ruang yang ada dengan sepenuhnya. Selamat mencuba :)

Thursday, July 28, 2011

IGNITE YOUR SOUL - Inspirationz Motivational Video



Banyak kata-kata motivasi dalam video kat atas. Happy watching and reading. Enjoy~~

Monday, July 25, 2011

Matryoshka

Matryoshka merupakan patung kayu khas negara Rusia didalamnya terdapat patung yang lebih kecil dan dalam patung kecil ini ada lagi patung. 


Kalau u all nak tahu, tradisi membuat patung Matryoskha dah lama. Moreover, matryoshka ni sebenarnya pertama kali dibuat pada tahun 1890. Ianya diukir olehVasily Zvyozdochkin hasil dari rekaan Sergey Malyutin. Patung yang pertama sekali terdapat 8 lapisan kesemuanya. 


Pada tahun 1900, patung Matryoshka diperkenalkan ke seluruh dunia melalui World Fair di Paris. Ianya memenangi pingat gangsa untuk tahun itu dan sejak itu ianya menjadi popular di Russia dan kini menjadi salah satu benda yang harus dibeli jika u all ke Russia.


Antara souvenir dari Russia :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...