Friday, July 15, 2011

Summer Holidays in Russia 2011

Setelah 3 minggu bercuti akhirnya balik ke Malaysia tanah airku..
Seronok dapat melihat tempat orang.. Syukur Alhamdulillah dpt rasa nikmat ni :)

Pergi 6 negara termasuk Russia, Finland, Norway, Sweden, Denmark & Bangkok, Thailand (transit flight 8 jam-dikira jugalah tu kan..hehe)

Tujuan asal nak pegi convo my lil bro kat Russia then negara Finland, Norway, Sweden n Denmark (dikenali sebagai peninsula Scandinavia) pergi kitorng pergi dgn travel agent iaitu Neva Tour & Travel. Though tourist guide company tu cakap 100% bhsa russia, kitorg layankan aje.. memang tak paham tapi nasib baik ada translator..

Tempat yang mula2 jalan kat Moscow, Russia

Antara tempat paling famous kat Moscow



Beli souvenirs kat Albart, Moscow


Before pegi ke Nizhny Novgorod (my lil bro university), we all singgah kat Vladimir, Russia kononnya nak pergi tengok kilang kristal. Unfortunately, tempat kristal yg kitorng tu pegi tutup. Kitorng sampai pkol 3pm. Kilang kristal tu tutp pkol 1pm sbb ari ahad..

We all singgah amik gamba je la kat Vladamir tu..ada satu park kat sini cantik sangat..



Dari Moscow nak ke Nizhny amik masa lebih kurang 12 jam duduk dalam bas.. sangatlah lepak..
Keesokan harinya sambung jalan2 kat Bandar Nizhny Novgorod





Tujuan asal gi vacation kat sana adalah nk attend my lil bro convocation

ni lah my lil bro yg convo itu hari

tringin nak konvo skali lagi..hihi :P

Then, settel sudah hal di Nizhny Novgorod, Russia bermula penjelajahan kami di peninsula Scandinavia (Finland, Norway, Sweden n Denmark).

From Nizhny, we all naik SAPSAN (high speed train) to Saint Petersburg for 8 hours..Bermalam di situ semalaman before bertolak ke negara2 Scandinavia tu

dalam english sebutannya adalah SAPSAN


After melawat negara Scandinavia tu, we all balik semula ke St. Petersburg. Berjalan di sini selama 2 hari.
St. Petersburg ni negara kedua terbesar after Moscow. Banyak jugak tempat2 yg cantik kat sini though penuh dgn cross.

open bridge
view bridge before open

Mosque in St. Petersburg, Russia


me in front of SAPSAN
I will post the detail story about Scandinavia country in the next entry.. Till we meet again :D

Monday, June 27, 2011

jom gi bercuti ke moscow, russia

Assalamualaikum...
masih di bumi russia bercuti di sini
banyak melawat tempat2 menarik melihat keindahan alam ciptaan Allah



lagi best kalau ada abg dan adik bongsu saya..








banyak lagi tempat2 menarik yang belum sempat nak upload kat sini..
till we meet again :)
adios

Tuesday, June 21, 2011

Doa Pelaris Perniagaan


Dari dulu lagi selalu kita dengar ustaz-ustazah, ibu-ibu bapak-bapak kite berpesan, janganlah tinggalkan solat dhuha, selalulah solat dhuha etc. Rupanya mmg besar fadhilatnya. Selain dari dimurahkan rezeki, yang lebih penting dari itu ialah supaya diri kita ni selalu ingat, syukur dan tawadhu’ pada Allah SWT atas segala kurniaanNya. Semoga kita semua sama-sama dapat beramal. Amin. :)

Sabda Rasulullah SAW
“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )


Monday, June 20, 2011

Pulau Redang trip

Pengalaman pertama ke Pulau Redang memang sangat best. Berbaloi-baloi pergi ke sana tau. Pemandangan memang sangat cantik yang tak dapat kita lihat kat daratan ni. Dari jeti Merang naik speed boat dalam 20 minit jer. So tak risau bagi yang mabuk laut nak pegi ke pulau. Lokasi jeti Merang lebih kurang 45 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Nak parking kereta pun selamat kat sini walaupun kita amik trip 3 hari 2 malam ke Pulau Redang. Ada tempat simpan kereta siap berbumbung lagi tuh.

Subhanallah..macam dalam lukisan jer. Air laut biru macam crystal. Pasir putih bak mutiara



ombak yang tenang menghempas pantai

 Air laut yang sangat jernih

 permandangan petang masa nak masuk waktu magrib


berlakon berangan jadi model jap ;)



istana pasir kat long beach



cantik tak topi saya? hihi



 memang cantik lah pemandangan laut kat Pulau Redang ni. Tak sia2 datang sini :)


Tak sabar hujung minggu ni nak pergi bercuti lagi..weeeeee :D

Sunday, June 12, 2011

Terengganu juara Piala FA

Tahniah! Terengganu menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 selepas permainan berlarutan dalam masa tambahan.

Perlawanan sebelum itu terikat 1-1 dengan Kelantan mendahului menerusi gol Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.


Bangga jadi rakyat Terengganu :))

Friday, June 10, 2011

CHECKLIST BAJET PERKAHWINAN BAGI BAKAL PENGANTIN BARU

Checklist ni boleh digunakan sebagai panduan kepada semua bakal pengantin di luar sana untuk buat persediaan bagi perkahwinan mereka.

Terjumpa checklist ni masa tengah surf internet. Mana tau boleh digunakan pakai untuk bakal pengantin baru macam i nih. berdebar2 tau tak..huhu

BIL PERKARA BAJET (RM)
1 Yuran kursus pra perkahwinan
2 Cincin tunang
3 Cincin kahwin
4 Barang kemas
5 Wang mas kahwin
6 Wang upah kadi
7 Kad jemputan kahwin
8 Setem untuk pos kad jemputan
9 Wang hantaran
10 Sirih junjung
11 Kain ela
12 Baju kurung
13 Telekung & Sejadah
14 Senaskah Al – Quran
15 Beg tangan
16 Kasut
17 Jam tangan
18 Set penjagaan badan
19 Set alat solek
20 Kek
21 Buah-buahan
22 Coklat
23 Potpurri
24 Gubahan barang hantaran termasuk upah
25 Hiasan bilik tidur
26 Pelamin
27 Bunga telur
28 Bunga pahar
29 Gambar & upah jurugambar
30 Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31 Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32 Set makan beradap
33 Penanggah
34 Katering
35 Upah kumpulan kompang
36 Upah DJ
37 Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38 Kos tempat penginapan
39 Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40 Upah juruandam


Jumlah keseluruhan : RM ___________________

Korang rasa ada apa-apa lagi yang tertinggal lagi tak dalam checklist ni??

Thursday, June 9, 2011

Joging naik Bukit Besar

Beriadah sememangnya baik untuk kesihatan. Tapi aku ni kalau tak kena paksa dengan umi pergi joging memanglah liat kalau nak berjoging sorang2 kat luar. Umi aku memang rajin joging. Selain joging, umi sangat menja pemakanannya. Sampaikan kitorang anak2 selalu kena tegur kalau banyak makan makanan yang manis or masin. Kata umi, kalau dah dapat sakit memang susah nak sembuh. "Prevention is beeter than cure". Memang sangat betul pepatah tu..

Salah satu tempat joging umi aku adalah naik Bukit Besar. Untuk kawan2 yang tak familiar, Bukit Besar ni salah satu tempat rekreasi or riadah dalam kawasan Kuala Terengganu. Memang ramai orang naik Bukit Besar petang2 or hujung minggu.. Jadi tak takutlah sebab ramai orang kawasan tu.


umi yang ceria dapat naik Bukit Besar



Kalau naik memang lalu kat perkataan "Allah Selamatkan Terengganu"



Pemandangan kat bahagian separuh sebelum sampai puncak Bukit Besar..Cantik kan? Macam lukisan..



Monday, June 6, 2011

kahwin tema ungu

Tengahari tadi sempat ke kenduri kahwin member
musim cuti sekolah memang dah jadi trend orang kahwin 
tak kiralah hari bekerja atau tidak

Apa2 pun, Selamat Pengantin Baru Nadia & Suami
semoga kekal bahagia hingga ke syurga



hantaran untuk pihak perempuan



pelamin purple putih yang simple n sweet
i like it :)



souvenir untuk tetamu..siap ada cop nama pengantin lagi tu


bahagian belakang souvenir


Saturday, June 4, 2011

nasi ayam chicken rice shop


 Balik kerja petang2 nak makan nasi putih dah tak ada kat kedai
makan jerla nasi ayam yang dah ada siap kat kedai kan
nak cari yang yang goreng perut dah berkeriuk lapar
so, singgahlah kjap kat kdai mkn bawah ni...


muka puas hati dapat makanan..



oh yer, donut big apple dah ada kat Giant Kuala Terengganu..jom gi beli ramai2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...