Wednesday, August 10, 2011

Terengganu, Pahang umum bonus separuh bulan untuk kakitangan awam

Terbaca artikel kat bawah ni kat berita  harian online..ingatkan double bonus untuk hari raya..rupanya bonus ni adalah bonus yang kerajaan pusat yang nak kasik dah. Klik sini untuk baca artikel yang lepas...


Artikel bawah ni adalah daripada www.bharian.com.my hari ini...


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dan Pahang adalah dua kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Katanya, ia membabitkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.


Ahmad berkata, bayaran itu membabitkan peruntukan RM10 juta.

Di Kuantan, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembayaran bonus melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara. - BERNAMA




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...