Wednesday, March 9, 2011

Perfumes

Sekarang ni minat sangat kumpul perfumes koleksi britney spears. brand lain pun ada juga. campur sikit2. dah ada beberapa botol perfumes britney. walaupun orang lain tak minat, tapi i like 100 times :) Nak buang sayang perfumes yang dah habis. So, simpan jer la dulu buat koleksi..
koleksi perfumes britney spears


radiance - perfume britney spears yang latest. baru beli..bau sangat sweet and long lasting. botolnya sgt unik n attactive.. design crystal. sangat cantik!wajib ada :D

thanks so much abg syg coz sponsor..hehe

perfume ni siap masuk dalam video clip britney. klik sini untuk ke entri lagu britney spears 
tajuk hold it against me.



fantasy-britney...bau fruits, manis


hidden fantasy - britney..baunya hard skit. campuran bunga


curious - britney spears. sangat wangi..long lasting juga..still ada lagi skit coz simpan sayang nk habiskan


 ada beberapa lagi perfumes..miss dior, JPG, true love..semuanya wangi juga..ada yang dah habis tapi simpan botol sebab cantik..hehe



Tuesday, March 8, 2011

Roses

Sejak akhir2 ni suka sangat dengan bunga ros. kenapa yer? especially bunga ros yang hidup. wangi dan fresh :)


a bouquet of fresh flowers

red roses


Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros. Antaranya.....


  • Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

  • Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu

  • Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

  • Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

  • Bunga Ros Biru: Melambangkan kelembutan rasa kasih dan sayang...terima pasangan dgn seadanya dengan hati yang tenang.

    Budak comel

    Suka sangat tengak budak2 kecik. especially yang comel2..hehe..pilih kasih kah aku?hari tu masa kat airport jumpa budak pempuan. anak orang puteh..comel sangat..macam anak patung..ni gamba dia;

     gamba dari sisi.tak jelas sangat..tapi confirm cute

    dua kali cuba nak snap gamba dia tapi tak dapat sebab tak duduk diam. pula tu pakai kamera nfon je.. nak back smula punyala lama menunggu.. budak tu tengah bgtau ayah dia, "she do it again". semangat report aku nak amik pic dia.hahhaa :D

    suka je tengok. pastu masa dia posing kamera pulak hang. last2 tak jadi amik..budak2 ni kecik2 dah pandai posing..dah boleh jadi model. ni gambar aku jumpa kat dalam internet







    harap nanti aku pun dapat anak comel macam ni :)

    Sunday, March 6, 2011

    AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

    LELAKI

    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


    BERATKAN?

    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

    Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

    Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

    WANITA :

    Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

    Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

    Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

    Pernahkah kita lihat sebaliknya??

    Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

    Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

    Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

    Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

    1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.

    Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

    1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .

    Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

    1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .

    Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

    MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

    Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

    "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

    Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

    Hikmah sujud -

    Sujud lega sistem pernafasan

    Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

    Bernafas ketika sujud pula boleh:

    - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

    - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

    - melegakan sakit hernia. (burut)

    - mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

    - melegakan paru-paru daripada ketegangan.

    - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

    - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

    - meringankan bahagian pelvis.

    - memberi dorongan supaya mudah tidur.

    - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

    - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

    - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

    - mengurangkan kegemukan.

    - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

    - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

    - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

    Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

    Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

    Tujuh kalimat

    Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

    1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

    2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

    3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

    4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

    5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

    6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

    7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa


    AMIN.

    Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

    Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

    Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

    Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

    Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

    Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

    Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

    Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

    Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

    Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

    Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

    Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

    Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

    Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

    Sunday, February 27, 2011

    Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma with Lyrics



    lagu yg sgt meaningful.begitu menginsafkan......

    Saturday, February 26, 2011

    Khasiat air barli halia

    Korang pernah minum tak air barli halia? memang air barli biasa kita dah selalu minum kan. tapi ni ditambah halia sekali di dalamnya. Senang jer nak buat air barli halia. Mula2 rebus biji barli dalam periuk yang telah diisi air. kemudian, masukkan halia yg telah dihiris ke dalam periuk tadi. kalau korang nak manis boleh letak gula secukup rasa yang korang nak. kalau taknak letak gula pun takpe..


     Air barli halia..siap untuk diminum. 


     
    isi barli n halia..boleh dimakan n minum sekali..


    Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot2 penghadaman. Berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

    Khasiat barli pula dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing, meningkatkan kesihatan buah pinggang, membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.

    Jika  minum air barli halia selalu diamalkan, ianya sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Selain tu, dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman. Selamat mencuba :)


    Friday, February 25, 2011

    Britney Spears - Hold It Against Me



    Hey over there
    Please forgive me
    If I'm coming on too strong
    Hate to stare
    But you're winning
    And they're playing my favorite song

    So come here
    'Little closer
    Wanna whisper in your ear
    Make it clear
    Little question
    Wanna know just how you feel

    If I said my heart was beating loud
    If we could escape the crowd somehow
    If I said I want your body now
    Would you hold it against me

    Cause you feel like paradise
    And I need a vacation tonight
    So if I said I want your body now
    Would you hold it against me

    Hey you might think
    That I'm crazy
    But you know I'm just your type
    I might be 'little hazy
    But you just cannot deny

    There's a spark inbetween us
    When we're dancing on the floor
    I want more
    Wanna see it
    So I'm asking you tonight

    If I said my heart was beating loud
    If we could escape the crowd somehow
    If I said I want your body now
    Would you hold it against me

    Cause you feel like paradise
    And I need a vacation tonight
    So if I said I want your body now
    Would you hold it against me

    [Spoken]
    If I said I want your body
    Would you hold It against me?

    (Yeah) (Uh huh) (Oh)

    Gimme something good
    Don't wanna wait I want It now (na-na-now)
    Pop It like a hood
    And show me how you work It out

    (Alright)

    If I said my heart was beating loud

    If I said I want your body now
    Would you hold it against me

    If I said my heart was beating loud
    If we could escape the crowd somehow
    If I said I want your body now
    Would you hold it against me

    Cause you feel like paradise
    And I need a vacation tonight
    So if I said I want your body now
    Would you hold it against me


    • Start of her career - She hit the earth like a meteor
    • Becoming a celebrity - She's all glammed up putting make-up and perfume
    • Rising popularity - She's rising as her old music videos surround her
    • She fell in love - The picture of the guy on the Sony TV
    • Personal struggle - She was fighting with herself
    • Breakdown/Meltdown - She collapses and ruins her wedding dress and past work
    • Comeback - She comes back harder than ever 
          THE QUEEN IS BACK!

    Aqiqah Baby Nisa

    Petang tadi sempat pergi kenduri aqiqah cucu kepada sahabat kedua org tuaku..kitorang sampai lambat. kebanyakan ramai yg dah habis makan..babynya sgt comel. dah sebulan umurnya.. majlis cukur jambul dah di buat di  di kelantan. kenduri ni buat belah tganu pulak..

     present for baby

     hai..nama saya Nisa Aufa :)

    dah nangis minta susu :P

     yeay..dah dapat susu..sempat lagi mommy posing 


    Oh ye, cakap pasal makanan, mujur ada lagi mknn..semuanya sedap tau..

     jelas kelihatan acar dah nak abis

    kuih muih yg tinggal


     comel baby nisa ni. baik jer tak mudah nangis.. semoga membesar menjadi anak yg solehah yer sayang.. berbakti kepada kedua ibu bapa..

    Thursday, February 24, 2011

    Hanger Bulat

    Sejak dah bekerja ni makin lama makin byk tudung n baju kerja.. Almari pun dah makin penuh..tu baru setahun kerja..blom ada suami lg tu nak berkongsi almari nanti....Makin banyak hanger nk guna..kayalah tauke supermarket tu kite dok asyik beli hanger diorang jer.. bila lama2 kan tengok almari dah padat..hanger byk pakai nak hang pakaian n tudung dalam almari. Masalah timbul masa nk jemur baju. Hanger tak cukuppppp...adeii..mulalah amik hanger kat baju bersih dlm almari wat jemur baju......


    Takleh jadi ni...then tertengoklah banyak iklan online kat fb yg jual hanger bulat2 nih. nak beli tapi takde kesungguhan plak nak order kut online ni.. Sampailah aritu pegi pasar payang gi beli hanger nih....

    v
    v
    v
    v
    v

    tadaaaa :D


    cuba korang kira berapa banyak kita boleh save hanger dan ruang dalam almari tu? nak cari pun senang time nak cepat tu kan..tarik jer..dah jimat berapa minit kat situ.  jimat masa, ruang n kos. harganya tak mahal pun mula2 kluar dulu paling mahal harga market sampai rm25. tapi skng belas2 jer..korang tak minat nak beli ke??

    Wednesday, February 23, 2011

    Brooch tahan lama

    Korang tau ke brooch tu aper?? bagi sesapi yg tak familiar, brooch tu dlm kate lain adalah kerongsang..Byk yg dijual semua cantik2 kat kedai.tak kesahlah brooch yg kita beli tu murah tapi asalkan cantik kan. Macam mana nak jaga brooch ni supaya tahan lama? Tips ini adik aku yg bgtau..dulu aku dah penah dengar tapi tak praktikkan pun.. brooch tercabut batu, trus buang.tak pun amik dari batu yg dh terjatuh pastu lekatkan pakai gam uhu.. tapi tak berkilat laaa. So, kebetulan aku tgh free smalam, aku guna nail polish lebihan yg adik aku sapu kat brooch dia.

     harga sebotol tak pasti.tapi tak sampai rm5 pon..

    sapu kat brooch

    sapu lagi kat semua brooch yg ada

     upucara keringkan brooch yg telah disapu dgn nail polish


    hasilnya brooch tu aku lebih nampak berkilat dan tahan lama.. batu permata pun tahan dan tak mudah terjatuh.. selamat mencuba yer :)

    Opisku..

    Setelah hampir 1 tahun 5 bulan aku bekerja di mbkt, barulah harini aku rasa tempat duduk aku complete. better than before.bukan apa, before ni masa mula2 datang tempat duduk aku just duduk dlm partition jer..dah sama mcm anak2 buah yg lain. komputer tak ada lg masa tu..sedih tak untuk seorng pegawai kelas A?dahlah perasaan nk masuk kerja kat situ masa mula2 aku sangatlah taknak..tapi mengenangkan kluarga dan nasihat kawan2,org yg rapat dengan aku, maka aku mulalah melangkah masuk dgn hati yang paksa rela........

    Aku tgh sambung master full time mula2 dpt offer. masa tu hati kuat memberontak nk blaja lg.. skng dh tergendala master aku..aku sgt 100000000 kali KECEWA. mmg blaja bole wat anytime. tapi kiri kanan depan belakang kena amik kira. mmg dugaan sgt masa tu. mcm2 desakan. aku stress. klas pun dh jd malas nk gi. then after tanya lecturer pun ckp soh grab je peluang kerja ni. nk buat part time master mmg byk halangan, jarak, hari untuk weekend pun dah tak sama.. masa tu aku sgt downnnnnnnnnnnnnnn glerr...

    bukan mudah nak sesuaikan diri masa mula2 masuk keje. org kate keje gomen best. byk kemudahan, ada bonus, dpt wat pinjaman, itu, ini, dan mcm2 lg la..aku bersyukur kerna dpt juga merasa benefitnya... pengalaman pertama aku bekerja secara rasmi adalah disini. yang lain2 tu byk yg mengarut jer.. masuk kat sini semua org tua2..yg pangkat tua sebaya mak kita pun kena panggil 'kak'. yg nyanyuk pun ada..yg nk buli aku pun ada. mentang2 umur aku ni muda lg korang ingat boleh buli aku sesuka hati ke?? mcm suwey btol..yg jeles pun ada. skit2 keje tu suruh pegawai yg buat. ingat ni opis mak bapak aku ke?kalau gitu korang takyah kerja lah kan. biar aku sorang yg buat dari A sampai Z! yg kata aku pakai kabel besa peha pun ada. hello? kalau tak ada kelulusan yg baik pun tak layak jugak ok nk masuk kerja!


    bebanan kerja kat sini mcm ikut musim. time rilex memang rilex, tapi time busy mcm hell jer rasa. meeting yg last minit kena attend pun ada. lagi setengah jam nak meeting baru kena inform kena pegi pun ada. dh mcm on-call rase. kat opis aku ni dahlah nk naik taraf bandaraya, so semua mende org atas nk masuk nak cari nama dan yg dipaksa masuk pun ada. Dgn program 5S, ISO, Star Rating, Murninet, Bandar Selamat, KIK, pameran, meeting yg hakiki kena attend, kursus/bengkel/seminar seme bagai. buat ulasan fail teknikal,layan aduan org ramai, buat buletin mbkt. dh kata keje dgn majlis kan..so byklah kena deal dgn org ramai..Semuanya banyak perlukan ketahanan mental. walaupun tak guna fizikal, tapi body kena sihat dan cergas sentiasa. kena pandai balance..

    ok, berbalik kepada cerita tempat duduk aku td..lama jugaklah aku duduk dlm partition sama mcm org lain.. masuk jer keje aku trus diberi fail permohonan utk ulasan teknikal..mula2 menggelabah tak tahu map info..blajalah aku sendiri2 dgn anak buah. pc masa tu takde lg..aku amik pc lama yg monitor bole wat aquarium sbb besar sgt. pc org tak nak pakai..then report kena print plak. kena cari printer plak. aku amik jer printer lama yg org taknak pakai dh. printer tu kaler itam putih jer tau..minggu ke2 aku keje dh kena gi outstation ke penang n langkawi. tekejut aku.sbb tak biasa.jakun pun ada.penat pun ada..tapi pergi jelah......
    masa balik opis after tu, barulah aku dpt pc baru...then after tu dpt laa printer baru saiz A3..oklah tu..

    hampir setahun jgklah rasenye, barulah bos aku soh cc wat surat minta bhgn JKA wat bilik untuk aku. masa tu org tuttt tu wat ala kadar je. lompang sana sini. bila aku tanya nape tak siapkan seme skali dgn karpet, ganti langsir yg diorng dh jahanamkan sparuh, katanya takde bajet. cittt! ntah apa2. bukan duit mak bapak kau kena pakai! ni utk opis jgk. imej opis jgk. tak senonoh btol. skng ni bghn penyelenggaraan bgnn plak yg take over. so skit2 akhirnya complete jgk bilik aku ni...



    byk brg baru ada dlm bilik ni. karpet baru pasang last week, dinding kuning tu aku soh staff aku cat, kabinet bawah tingkap tu pun baru last week pasang siap. hiasan kat bilik tu aku amik souvenir yg sedia ada kat rumah dan ada yg baru beli utk hias bilik punye pasal. masa ni keje tak byk sgt..dh yg byk setel. keje lain blom sampai lg masa ni..


     bunga yg sweet tu aku minta ngn pro yg lebey2 masa diorng nak berpindah aritu, tu pc n printer aku wat keje, men fb kat opis..blogspot kena blocked daaaaa kat opis...kelihatan kabinet kat blakang tu masih kosong.. slow2 laa yer korang aku isi. bhn2 yg ada dlm tu adalah hasil setahun aku kumpul untuk rujukan dan hiasan di bilik aku ok.....


     kabinet sisi aku yg simple @ kosong ke kemas tersusun nih?hahahaa :P


    bunga yg aku gubah sendiri amik bunga lama.pasu amik kat umah jer jgk. jam n frame tu amik kat umah je..jimat kos

    itu jelaa tempat aku cari rezeki yg simple jer kan.. bersyukur laaa sbb akhirnya tempat duduk aku jd sebuah bilik..Alhamdulillah..At lastttttt.....semoga ini dapat beri aku lebih semangat lagi untuk mencari rezeki yang halal demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.........be strong girl! u can do it! caiyok2 :D

    Saturday, February 19, 2011

    Kebaikan Skipping

    Bagi u all yang sangat terhad masa untuk keluar rumah untuk beriadah, skipping kat rumah pun salah satu cara untuk kita exercise..

    Antara kebaikan skipping ni adalah:-
    • Mudah dan jimat kos
    • Menambah keyakinan. lompat cam mana pun takde org nk gelakkan kita
    • Membina  kemahiran kecergasan & memperbaiki kelincahan, koordinasi, ritma, keseimbangan & kekuatan stamina
    • Menyeronokkan & mencabar bagi org mula2 yg nk start exercise
    • Meningkatkan tahap kesihatan jantung
    • Mempercepatkan kadar denyutan jantung dan dapat tingkatkan metablisme
    • Membakar lemak & kolesterol
    • Membina otot dan stamina.

    Bagi orang yg berkerja petang2 nak magrib baru sampai rumah, takda masa nak gi gym, bolehlah  skipping jap 10-15 minit. Melompat sampai berpeluh skit pun jadilah kan. At least kite exercise.. Simple je kan? Yang penting kita kena rajinkan diri. Untuk kesihatan diri sendiri juga kan? :)

    So far, i pun baru start semula nk exercise ni..memang kalau dah balik rumah tu dah letih tak larat nak jogging. Nak mudah i skipping je kat rumah.Baru 2 minggu start skipping setiap hari..tengok berat turun 2 kg.. Ok lah tu kan. Kena sentiasa berterusan.. Pemakanan pun mesti nk dijaga juga.. Elakkan makan tengah malam.. Ambil nasi half je daripada dulu.Lebihkan sayur dan buah-buahan.. Ingatan untuk diri sendiri juga nih..
    Cara  u all exercise macam mana pulak?

    Friday, February 18, 2011

    Summer Holidays (Moscow- Vladimir- Nizhny Novgorod-St Pets-Finland-Sweden-Norway-Denmark)

    Hello..I'll be attending  my lil bro convocation this end of june to july 2011 in Russia. This is my first time go to overseas. Of course making passport also is the first experience for me. Its look like everything is 'jakun' for me. LOL :D

    Seems i'm working, i need to get the approval to go overseas from the higher administrative in my work place. My head department said no problem and i need to fill the form for approval. It will take 13 days of working days for this trip. Balance for my annual leave is about 20 days. Save it for hari raya, emergency leave, wedding preparation or honeymoon! :P

    I have spent quite a lot of total amount for new passport, visa n flight tickets for this coming summer holidays. Everything already prepared except for the hotels bookings. Russia is not like other country which we can easily enter. I guess it is because Russia is a communist country so they have strict rules we have to obey. We need someone who is already stay in the Russia to recommend tourist from outside to enter the country. In my case, my family n i need to have the passport first n then scan our passport. Next, we need to email it to the agent for our visa n invitation letter. The agent will give our name n passport copy to the my lil bro's dean in the university for the approval. Its quite complicated right?

    All the flight bookings already done by lil bro n i just bought the tickets return from home to KLIA. Looking at the flight schedule made me confuse at first. From KLIA, we'll need to transit to Suvarnabhumi Airport, Bangkok for one hour and straight away fly to Moscow Domodedovo Airport.

    Our plan will be visiting Vladimir, Nizhny Novgorod, Saint Petersburg and will be taking train to visit Finland, Sweden, Norway and Denmark.

    My lil bro convocation will be on 28th June 2011 in Nizhny Novgorod State Medical Academy. The rest of other day we will be visiting other places while waiting 10th July our flight back to our home..

    I pray to Allah hope everything is fine, my family n i always in a good health, no riot at the places during our visit, our flights in a good condition n no delays..May Allah bless us always..Can't wait for the holidays! :D

    Tuesday, February 15, 2011

    Salam Maulidur Rasul



    Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

    Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

    Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

    Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

    Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

    HARAM sambut hari valentine

    Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

    Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

    Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

    Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

    SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE

    Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

    1) Pendapat pertama 

    Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

    Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

    Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

    Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

    2) Pendapat kedua

    Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

    i) Versi pertama. 

    Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

    Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

    Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

    Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

    ii) Versi kedua. 

    Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

    Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

    3) Pendapat ketiga

    Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

    4) Pendapat keempat

    Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

    Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

    HUKUM SAMBUT VALENTINE

    Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

    Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

    Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

    Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

    Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

    Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

    Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

    Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)


    Sama-sama kita renungkan... tak perlu ada hari spesifik untuk meraikan hari kekasih..hari-hari kita boleh tunjukkan kasih sayang kita kepada ibu bapa, suami/isteri, adik-beradik, sesama manusia di atas bumi Allah ini...

    Saturday, February 12, 2011

    Rahsia Warna & Tarikh Lahir

    Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kita kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir korang jatuh pada 24hb Februari, bermakna korang mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna, bolehlah korang melihat keperibadian diri untuk diri sendiri ke, bf /gf ke, suami/isteri ke mak/ayah ke or sesiapa sahajalah menerusi warna tersebut ok..

    23 hingga 1hb Disember - Merah
    2 hingga 11hb Januari - Oren
    12 hingga 24hb Januari - Kuning
    25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
    4 hingga 8hb Februari - Biru
    9 hingga 18hb Februari - Hijau
    19 hingga 28hb Februari - Perang
    1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
    11 hingga 20hb Mac - Lime
    21hb Mac - Hitam
    22 hingga 31hb Mac - Ungu
    1 hingga 10hb April - Biru
    11 hingga 20hb April - Perak/Silver
    21 hingga 30hb April - Putih
    2 hingga 14hb Mei - Biru
    15 hingga24hb Mei - Emas
    25 hingga 3hb Jun - Krim
    4 hingga13hb Jun - Kelabu
    14 hingga 23hb Jun - Maroon
    24hb Jun - Kelabu
    25 hingga 4hb Julai - Merah
    5 hingga 14hb Julai - Oren
    15 hingga 25hb Julai - Kuning
    26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu/Pink
    5 hingga 13hb Ogos - Biru
    14 hingga 23hb Ogos - Hijau
    24hb Ogos 2hb September - Perang
    3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
    13 hingga 22hb September - Lime
    23hb September - Olive
    24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
    4 hingga 13 Oktober - Biru
    14 hingga 23hb Oktober - Perak
    24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
    12 hingga 21hb November - Emas
    22hb November hingga 1hb Disember - Krim
    2 hingga 11hb Disember - Kelabu
    12 hingga 21hb Disember - Maroon
    22hb Disember - Teal Merah


    MERAH
    Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

    Krim
    Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

    TEAL (Warna Kayu)
    Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

    Merah Jambu/Pink
    Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

    Hijau
    Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

    Emas
    Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

    Kuning
    Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

    Maroon
    Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

    Oren
    Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

    Ungu
    Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

    Warna buah limau (Lime)
    Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

    Perak/Silver
    Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

    Hitam
    Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

    Warna buah Zaiton (Olive)
    Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
    Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

    Perang
    Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
    Mungkin ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

    Kelabu
    Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

    Biru
    Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu.. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

    Biru Laut
    Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

    Putih

    Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

    Biru Kehijauan (Turquoise)
    Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta…! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

     Korang punya warna yang mana satu???

    p/s: perlu diingatkan ini hanya untuk sahaja suka2 tau :)

    Tuesday, December 14, 2010

    ‎20 Rules in any office

    1. The Boss is always right.

    2. If the Boss is wrong, see rule 1.

    3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions.

    4. Ph.D. stands for "Pull Him/Her Down". The more intelligent a person, the more hard working a person, the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.

    5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.

    6. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves.

    7. It doesn't matter what you do, it only matters what you say you've done and what you are going to do.

    8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt.

    9. Don't be irreplaceable. If you can't be replaced, you can't be promoted.

    10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get. 


    11. If at first you don't succeed, try again. Then quit. No use being a damn fool about it...

    12. When you don't know what to do, walk fast and look worried.

    13. Following the rules will not get the job done.

    14. If it weren't for the last minute, nothing would get done.

    15. Everything can be filed under "Miscellaneous" .

    16. No matter how much you do, you never do enough.

    17. You can do any amount of work provided it isn't the work you are supposed to be doing.

    18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job.

    19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.

    20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong.

    Tuesday, December 7, 2010

    sup cendawan

    seronoknya dapat berehat pada waktu dan ketika begini..hari ni cuti kelepasan am bagi semua negeri di Malaysia sempena awal muharam..apa lagi ganti tido secukupnya laa..huhu

    v
    v
    v

    hujan2 gini perut pun rasa asyik lapar jer..pegi dapur ada cendawan yang dibeli oleh abi kat pasar tadi..apa lagi terus aku amik bawang, halia, cili api, lada hitam..tumbuk2..rendam dan bersihkan cendawan tadi.. terus rebus atas dapur..tambahkan garam secukup rasa..kejap aja dah masak..jadila sup cendawan...... nyum..nyumm..  ♥

    burp...alhamdulillah....kenyang :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...